BREAKING NEWS

Chua Soi Lek nasihat Anwar supaya mengaku macam dia.... Hahahahaha....


Presiden MCA Chua Soi Lek "menasihati" Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim supaya jangan bersilat lidah lagi, sebaliknya memberanikan diri untuk mengakui, jikalau benar dirinya lelaki dalam klip video seks yang ditayangkan kepada media pada 21 Mac 2011.

"Saya juga letak jawatan kerana benda ini satu ketika dahulu... Jadi saya rasa, kalau benar itu beliau (Anwar), beliau seharusnya mempunyai keberanian dan moral untuk mengakui, dan bukan bersilat lidah sebaliknya," kata Chua Soi Lek yang mengakui bahawa dirinya masih belum menonton klip video seks tersebut, malah tidak tahu sejauh mana benar kandungan klip video tersebut.

Demikianlah jawapan yang ringkas daripada Chua Soi Lek kepada soalan yang diajukan MerdekaReview, dalam satu majlis dialog bersama pelajar Malaysia di Taipei, Taiwan, semalam.

Soalan yang dilontarkan MerdekaReview sebenarnya berbunyi, apakah pendirian MCA terhadap penggunaan taktik sedemikian (video seks) untuk menumpaskan musuh politik.

Pada Januari 2008, Chua Soi Lek membuat pengumuman untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan, ahli parlimen Labis dan semua jawatan partinya dalam MCA, termasuk Naib Presiden, Pengerusi MCA Johor dan Ketua Bahagian MCA Batu Pahat, lantaran pendedahan vcd skandal seks yang melibatkan dirinya.

Bagaimanapun, perletakan jawatan ahli parlimen beliau tidak "berkesan", didakwanya ekoran kesilapan teknikal. Pada tahun 2010, Chua Soi Lek kembali sebagai Presiden MCA, dalam pemilihan semula partinya, setelah menewaskan Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting.


Bekas Raja Porno negara pun dah keluarkan nasihat kepada Anwar supaya mengaku. Gua setuju dengan Soi Lek, nak takut apa kalau memang Anwar yang berlakon dalam video tu?

Tengok macam Soi Lek.., ok je pun dia sekarang. Siap boleh jadi Presiden parti lagi tu...

So, manalah tau kann.. Lepas Anwar mengaku, dia pun boleh diangkat jadi Mursyidul Am PAS ke nanti... Tak ke untung tu..? Siapa tak nak jadi "penjaga kunci syurga" beb?

Mengaku je lahh Anwarrr... Ikut je cakap Soi Lek tu.. Dia lebih lama makan "viagra" dari lu...

Lagipun.., Nik Aziz dan PAS kan ada untuk repair balik imej lu lepas mengaku nanti.. Jadi, apa yang nak takut?... Hahahahaha...

3 ulasan :

  1. Setuju...Mana tahu Anwar boleh ganti Hadi Awang? Orang PAS sayang Anwar..

    BalasPadam
  2. hahaha anuar jadi Maha Guru(MG)anwar.naik jadi maksum.silap2 jadi nabi mcm ayah pin

    BalasPadam
  3. erkk... mahaguru anWARporn??? POPE AJIS dah ampunkan dosa PELIWAT tu..

    Kah kah kah kah kah...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online