BREAKING NEWS

Pengakuan Anwar.., tak kisah kalau masuk penjara..


Selepas pernah berada di penjara selama enam tahun, Anwar Ibrahim bertekad akan terus berjuang demi keadilan tidak kisah bakal keputusan kes liwat, yang akan diumumkan 9 Januari depan.

“Ia tidak berbeza, di penjara ataupun di luar, saya akan berjuang untuk keadilan,” kata beliau kepada pemberita di kompleks mahkamah Jalan Duta di sini, di akhir sesi penggulungan kes peringkat pembelaan, tengah hari ini.

Ketua Pembangkang ini menambah, beliau pernah melalui kehidupan di penjara dan mendapati ia bukan sesuatu yang sukar untuk dilalui.

Anwar , bekas timbalan perdana menteri, telah dikenakan hukuman penjara atas kesalahan liwat dan salah guna kuasa selepas dipecat pada 1998. Beliau dibebaskan pada 2004.

Bagaimanapun pemimpin berusia 64 tahun ini berkata kenyataan beliau tidak harus dianggap sebagai satu kekalahan.

“Ia bukan satu persoalan secara sukarela mahu ke penjara. Untuk apa sebab? Sebab saya memutuskan untuk tidak menyertai semula Umno, sebab saya memutuskan untuk melawan mereka atas sifat rasis dan dasar-dasar tidak adil mereka?” katanya.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online