Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
SERAM!!! Penampakan Mak Lampir dalam cermin tandas..
Comments : 1
Banyak masalah di Ampang yang ditinggalkan BN telah berjaya diselesaikan oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat, kata ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Zuraidah yang kali pertama menjadi ahli parlimen Ampang mendakwa masalah-masalah di Ampang dilakukan oleh ketua Umno bahagian Datuk Ismail Kijo.
“Baru tiga tahun menjadi wakil rakyat, kami telah menyelesaikan masalah-masalah yang gagal dibuat oleh ketua Umno Ampang.
“Ismail menjadi Adun Lembah Jaya selama tiga penggal tetapi meninggalkan najis-najis (kotoran).
“Sepanjang sembilan tahun pentadbirannya, beliau dan Umno Ampang tidak lebih hanya menambah masalah kerana mereka mendahulukan kepentingan peribadi dan memburukkan lagi keadaan sehingga membebankan rakyat.
“…tanah kubur dikebas, sekolah agama digadai, peniaga Melayu ditipu dengan projek water front, masalah setinggan, masalah sijil kelayakan menduduki flat kos rendah, pampasan setinggan Sungai Purun, Berembang, Kampung Perak dan sebagainya,” katanya dalam respons kepada dakwaan Ismail semalam yang mengatakan Zuraidah dan Adun Bukit Antabangsa Azmin Ali tidak melakukan apa-apa di Ampang.
Zuraida yang juga ketua Wanita PKR meminta Ismail mencermin muka dan mengukur baju di badan sendiri.
Ketika diminta mengulas dakwaan tersebut, Ismail berkata, beliau mencabar pemimpin wanita PKR itu menunjukkan bukti beliau melakukan perkara-perkara tersebut.
“Tanya Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), sekolah agama rakyat mana yang saya jual? Kubur mana yang terjual? Berapa juta, siapa yang beli?.
“Mana satu setinggan yang tidak dapat duit. Tunjukkan bukti. Saya nak tanya, bolehkah wakil rakyat jual tanah orang?” katanya ketika dihubungi hari ini.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Cayalah Datuk Ismail Kijo! Kita cungkil penipuan mak lampir tuh satu per satu.
BalasPadamDan pada MPP, teruskan usaha murni nih. Semoga Allah SWT memberi berkat pada setiap yang kau usahakan.