BREAKING NEWS

Keputusan Perbicaraan Anwar diketahui 9 Januari 2012.


Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berpanjangan sehingga 2012 apabila keputusan ditetapkan untuk disampaikan pada 9 Januari.

"Saya akan sampaikan penghakiman pada 9 Januari," kata hakim Mohamad Abidin Mohd Diah hari ini selepas penggulungan penghujahan kedua-dia pihak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perbicaraan itu ditutup selepas 87 hari pendengaran bulan lalu, selepas bermula hampir dua tahun lalu.

Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Pada awal hari ini, Datuk Yusof, yang juga Peguam Cara II Negara menyifatkan kenyataan pakar bedah ortopedik Anwar, Dr Thomas Hoogland berbentuk "spekulatif".

Ini kerana kali terakhir doktor tulang belakang dari Belanda memeriksa tertuduh adalah pada tahun 2005 dan beliau tidak dapat benar-benar mengesahkan sama ada keadaan Anwar telah kembali pulih daripada menghalangnya melakukan aksi seks.

Seorang lagi saksi pembela, pakar DNA Dr Brian McDonald pula disifatkan sebagai "flip flop" dalam memberi keterangan dan merupakan "pakar yang dibayar" untuk menyokong kes pembelaan,.

Manakala keterangan pakar forensik, Dr David Wells pula berkecuali yang terbaik.

Yusof juga berkata keterangan Anwar dari kandang tertuduh ketika dipanggil membela diri adalah penafian semata-mata serta gagal menggugat bukti pendakwaan.

Katanya, adalah jelas sama sekali pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan pada penutupan kes pembelaan.

Menurut beliau, Anwar dalam keterangan dari kandang tertuduh tidak memberi versinya mengenai dakwaan insiden itu bagi mematahkan keterangan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang menjadi pengadu dalam kes itu.

Katanya adalah penting untuk diambil perhatian bahawa tertuduh selain penafian mutlak mempunyai hubungan seksual dengan pengadu, tertuduh tidak sama sekali mempertikaikan bukti pihak pendakwaan.

Mohamed Yusof berkata Anwar dalam kenyataannya juga tidak sama sekali menafikan bahawa beliau berada di tempat yang didakwa berlaku kejadian itu pada masa dan tarikh tersebut.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online