BREAKING NEWS

Nik Aziz terpaksa beli I-Pad untuk main AngryBird.


Gua suka jugak main AngryBird.., tapi just sekadar untuk menghabiskan waktu dan mengisi masa terluang.. Tak tahu pula Angrybird tu adalah idola Ketua Pemuda PAS.

Tergelak pula bila baca dalam Harakah, Nasrudin Tantawi seru seluruh rakyat berjuang macam Angrybird.. Kononnya "burung marah" tu boleh mengajar rakyat menghapuskan kezaliman.

Tapi kalau tanya gua, rakyat Kelantan lah yang sepatutnya contohi semangat hapuskan pencuri dalam games tu..

Dah berapa lama "binatang hijau" dok mencuri harta rakyat di negeri Darul Naim.. Sampaikan ada rakyat yang terpaksa duduk serumah dengan kambing..


Soo.., Nasrudin tu kenalah muhasabah diri. Pergi nasihat Nik Aziz dulu supaya jangan jadi AngryPig di negeri Serambi Mekah.

Suruhlah Nik Aziz bertaubat dan lepaskan jawatan Menteri Besar tu.. Mahathir pun tau pencen, takkan Nik Aziz nak menongkat langit kot?

Dewan Pemuda PAS Pusat menyeru seluruh rakyat negara ini mencontohi semangat juang burung-burung yang menentang pencuri dalam permainan Angry Birds.

Dalam satu kenyataan sempena ulangtahun kedua Angry Birds, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan menyifatkan Angry Birds sebagai permainan yang mengajar rakyat agar bangkit berjuang menghapuskan kezaliman.

“Slogan ‘Jangan Curi !!’ dalam permainan itu adalah simbol kemarahan rakyat terhadap empat pengkhianatan pemimpin terhadap rakyat di Malaysia.

“Ianya adalah penafian hak rakyat Kelantan terhadap royalti petroleum, penyelewengan Felda dan langkah penyenaraian Felda Global Ventures yang menggadai nasib peneroka, keraguan daftar pemilih oleh SPR sebagaimana didedahkan oleh Pemuda PAS dan kontroversi projek National Feedlot Centre bernilai RM250 juta sebagaimana dilapor Ketua Auditor Negara”, katanya kepada Harakahdaily.

1 ulasan :

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online