Ini cerita di negeri Azizan Razak.. Ada satu keluarga 12 orang di Baling, yang terpaksa duduk di bangsal padi kerana kemiskinan..
Kemana menghilangnya Taib Azamudeen? Sibuk berceramah ke? Makan gaji buta je ke RM 15'000 sebulan?
Mana dia bantuan dari kerajaan negeri? Mana agensi-agensi yang bertanggung jawab pantau kesusahan rakyat? Semua dok nganga main Angry Bird ke?
Azizan pulak apa cerita? PAS kata nak buat negara kebajikan, so buat lah kerja. Kenapa tutup mata bila ada rakyat susah melarat? Takkan Azizan tau buka mata time beli kereta baru saja?
Itulah PAS.., cakap je pandai.., janji je besar. Perlaksanaan? Hampeh baii..
Gua ingat lagi pada satu masa dulu.., sebelum ustaz-ustaz dan lobai-lobai PAS tu dapat kuasa di dalam negeri, dorang sibuk kutuk pemimpin guna barang mewah..
Sekarang bila dorang dapat kuasa, nampak sama je dorang dengan orang yang dikutuknya dulu..
Gua faham.., lobai-lobai PAS tu nak sedap jugak.., dan nak merasa kelazatan dunia jugak. Dorang kan manusia biasa.., mestilah ada perasaan nakkan barang yang bermutu tinggi..
So bila dah ada kuasa.., apa kelas naik Proton Perdana je beb... naik Merc laaa.. Baru elit.
BALING - Gara-gara kemiskinan, sekeluarga 12 orang terpaksa menjadikan bekas bangsal padi yang diubah suai di Kampung Rambong Batu Tujuh di sini sebagai kediaman mereka.
Kediaman Abd. Rahman Md. Rejab, 56, dan isterinya, Fauziah Md. Zain, 47, itu dihuni oleh lapan anak pasangan tersebut yang berusia tiga tahun hingga 20 tahun serta dua lagi anak saudara mereka yang berusia dua dan enam tahun.
Malah, salah seorang anak pasangan tersebut iaitu Siti Saidatul Ilani yang berusia 19 tahun kini menghidap penyakit buah pinggang.
Catat Ulasan