Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Hospital Gila Babi di Kelantan..
Comments : 1
Bukan niat menolak takdir selepas bayi dalam kandungan dilahirkan sudah tidak bernyawa, tetapi pasangan suami isteri dari Kampung Pulau Melaka, di sini kecewa kerana menerima layanan tidak memuaskan di sebuah hospital, di sini.
Apa yang lebih mengecewakan permintaan isterinya yang hanya mahu dikenali sebagai Za untuk dibedah berikutan terlalu sakit dan sudah tidak bermaya apabila ‘jalan’ tidak terbuka didakwa tidak diambil sebarang tindakan oleh jururawat dan juga doktor yang merawatnya.
“Hari kedua ‘induce’ saya beritahu jururawat saya bersedia untuk dibedah kerana sudah tidak bermaya untuk menahan kesakitan tambahan pula jalan hanya terbuka sedikit, tetapi jururawat menjawabnya dengan kurang sopan sambil menyatakan bukan senang nak mati syahid.
“Saya juga menyuarakan hasrat sama kepada doktor yang merawat tetapi beliau memaklumkan akan berbincang dulu dengan pakar. Ketika hari kedua dan seterusnya beberapa kali saya meminta untuk dibedah tetapi tidak mendapat respon sehingga anak saya disahkan meninggal dunia,” katanya yang enggan bergambar ketika ditemui Sinar Harian, kelmarin.
Sebelum ini isteri mekanik itu yang berusia 28 tahun pernah keguguran ketika kandungan berusia tiga bulan dan ketika dimasukkan ke hospital itu pada 19 Disember lalu kandungan sulungnya itu disahkan melebihi tempoh sembilan bulan.
Oleh itu, Za segera ke hospital dan terpaksa ‘induce’ kali pertama pada 20 Disember dan kali kali kedua pada hari berikutnya. Pada hari ketiga beliau dimasukkan ke bilik bersalin dan ketika itu ‘jalan’ sudah terbuka antara 4 hingga 6 sentimeter.
Bagaimanapun, pada hari Khamis (22 Disember) ketika hendak bersalin beliau menerima takdir Ilahi apabila doktor mengesahkan kandungannya sudah tidak bernyawa lagi dan dipercayai sudah meninggal sebelum dimasukkan ke bilik itu.
“Rupa-rupanya bayi perempuan saya berjaya dikeluarkan seberat 4.1 kilogram. Padahal ketika pemeriksaan doktor menganggarkan bayi saya hanya 3.6 hingga 3.8 kg. Saya terkilan sedikit kerana permintaan saya untuk dibedah tidak diambil serius oleh pihak terbabit,” katanya.
Selepas selamat bersalin barulah jururawat bertugas berkali-kali bertanyakan sama ada beliau menyedari bayi dalam kandungan sudah tiada nadi manakala doktor juga memohon maaf kepadanya selepas mengetahui masalahnya itu.
Katanya, pada hari keempat beliau dibenarkan keluar dari wad tetapi tidak diberikan sebiji pun ubat seperti kebiasaan wanita bersalin lain dan terpaksa membelinya di klinik swasta untuk ubat luka, tahan sakit dan sebagainya.
p/s: Kalau ada ramai lagi doktor dan nurse yang gilababi macam di Kelantan tu, alamat makin banyak lah kes kematian berlaku.. Kementerian kena buat something untuk elak benda ni berulang..
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
abis study balik kg sendiri tu yg lemau tu...x caya ce tgk kakitgn kerajaan kat sana majoritinya org depa...
BalasPadam