BREAKING NEWS

Reezal Merican UGUT ibubapa Adam Adli?


Anak kelahiran Pulau Pinang bernama Adam Adli Abdul Halim mengecam tindakan Ketua Penerangan Umno Malaysia Datuk Reezal Merican Naina Merican kerana mengugut ibu bapanya demi memperbaiki imej Umno BN yang kian dipersoal oleh rakyat belakangan ini.

Ugutan itu, menurut mahasiswa tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkenaan gara-gara beliau menurunkan bendera muka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan PWTC pada 17 Disember lepas.

Beliau berkata Reezal bertindak demikian selepas gagal memujuk keluarganya untuk memberi tekanan psikologi kepadanya.

“Selepas saya menerima banyak ugutan daripada samseng-samseng Umno, tidak mungkin ibu bapa saya menerima ugutan Reezal Merican (supaya) saya minta maaf secara terbuka kepada Umno.

“Saya tak buat salah, buat apa saya minta maaf. Saya bukannya buat salah. Kalau nak anggap ini (turun bendera) biadap, mereka lebih biadap (kerana) fitnah saya guna (akhbar) Utusan (kononnya) saya koyak bendera (muka Najib) dan dedah (gambar) gay mirip muka saya di internet lebih biadap,” ujarnya semalam di Komtar, George Town.

Beliau yang juga anak kelahiran Parlimen Kepala Batas yang kini disandang oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi kecewa kerana Reezal yang juga pemimpin Umno tempatan, di sini, sanggup mengugut beliau sekeluarga.

Pendedahan terbaru itu disuarakan selepas Solidariti Mahasiswa Untuk Kebebasan Akademik (Bebas) menyerahkan Memorandum 6 Tuntutan Mahasiswa kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. -Sumber

6 ulasan :

  1. Oii Adam.Hang jangan ingat hang dah cukup hebat mungkin hang teramat yakin PKR akan perintah negara. Abang Anwar hang pula akan jadi PM. Hang silap besaq.

    Hang ni jenis manusia yangsebelah otak saja berfungsi sebelah lagi kosong.

    Berapa Anwar hamboq duit kat hang. Tak payah nak susah2 dok nafi.

    Budak2 di UPSI tu dah tau aktiviti hang dan geng2 hang. Tok sah dok dolak dalik.

    Sejak dia dalam UMNO lagi bila cakap saja duit.

    Mana boleh PKR hidup sampai boleh taja program Pakatan. Semua ni dia dah rancang masa ada kuasa dulu.

    Sebab tulah puak2 yang dia taja masih sokong dia sampai sekarang.

    Cuma yang berjuang untuk Keadilan sebenarnya dah tinggalkan dia.

    Orang2 kanyaq macam hang saja yang tak tau apa2 dok puja dia tahap Dewata.

    BalasPadam
  2. mpp online macam bodo..

    Aku dah tau dah sebab apa hang buang flog blog/ report abuse untuk blog ni...

    Sebab, hang xmau bagi blog ni kena block dengan blogger kan?

    Hang ni memang dah nak mati..

    Aku tau, hang mesti kena buat comment ni mesti kena approve dulu sebab kalau x, mesti hang kena hentam teruk dari commenter macam aku ni..

    Hang berhenti la buat kerja bodo macam ni. Hang pi dengar ceramah ustaz azhar/kazim lagi bagus.....

    BalasPadam
  3. ya allah, berilah petunjuk dan hidayah kepada blogger blog ni..

    blog ni sesat dan menyesatkan..

    BalasPadam
  4. haha... sesat dan menyesatkan.. Gelaran apa yer nak bagi kat MPP.. Abuya? Abuyi?

    BalasPadam
  5. Gelaran Nabi sesuai kot, tak pun Imam Mahdi. Eh!! lupa plak jawatan telah di isi.

    BalasPadam
  6. korang yang komen...

    ape hak korang nak komen teruk2 macam ni... udah la baca blog orang nak komen pedas plak... lantak la dia nak tulih ape pun... pasal politik korang nak hingaq bingaq..yang untung tuh..orang atas yang untung.. hangpa dapat apa???

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online