BREAKING NEWS

Ezam baru terjumpa KOTAK-KOTAKNYA..


Seingat gua, dah lama Ezam jaja satu Malaysia yang dia ada berkotak-kotak rahsia pasal Anwar.. Dari dia tak ada jawatan apa-apa, sampailah dia dilantik jadi senator..

Gua sebenarnya dok tunggu juga bilalah agaknya dia nak "buka" kotak-kotak yang dia simpan bawah katil tu.. Tapi tunggu punya tunggu.., tak buka-buka jugak..

Sekarang ni, Ezam kata dia ada surat yang pernah Anwar guna untuk memohon bantuan kewangan daripada Bank Dunia..

Finally..., gua rasa Ezam baru terjumpa kot kotak-kotak dia.. Kita tunggu je lah apa yang "Tauke Kotak" ni akan dedahkan nanti yee...

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd Nor mendakwa memiliki surat yang pernah digunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membuat permohonan bantuan kewangan daripada Bank Dunia.

Beliau juga bersedia mendedahkan mengenai kandungan surat itu bagi membuktikan penyalahgunaan kuasa yang didakwa dilakukan Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Saya sedia dedahkan surat tersebut untuk membuktikan kebenaran bahawa Anwar berniat jahat.

“Perkara ini perlu didedahkan demi menyelamatkan rakyat daripada terus ditipu,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di sini, malam kelmarin.

Mohamad Ezam yang pernah menjadi Setiausaha Politik Anwar berkata, beliau tidak takut untuk tampil membongkar penyelewengan itu.

Menurutnya, pada awal tahun 2000, Anwar ada menghantar surat kepada bekas Pengerusi Bank Dunia, John Wolfensohn memohon bantuan kewangan untuk membantu menyelesaikan masalah skandal seks kakitangan bank dunia warganegara Lubnan yang dikenali sebagai Sahariza.

“Rakyat kita tidak boleh dikaburkan dengan agenda usang Anwar yang mahu mengalih perhatian menjelang keputusan kes salah laku seks beliau dengan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bahari pada 9 Januari depan.

“Sudah lama saya tunggu untuk melakukan pendedahan ini. Kini tiba masa terbaik demi menyelamatkan rakyat daripada kepalsuan terbesar ini” katanya.

Beliau berkata, serangan peribadi Anwar terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal memberikan kesan buruk kepadanya.

Katanya, beliau sering memberi pandangan untuk mengajak Anwar bersemuka bagi membongkar perkara sebenar namun gagal dipenuhi Anwar yang bijak mencari helah.

3 ulasan :

  1. ha ha ha
    tauke kotak buka rahsia tauke kotek.

    BalasPadam
  2. Tak kuasa sebenarnya nak dengar pot pet pot pet anak didik al juburi ni.... bila TUN M dah dedahkan baru la sibuk kata dia ada la itu la... itu je la modal basi dia dari dulub sampai sekarang

    BalasPadam
  3. ezampun kaki kencing juga..dua kali lima dengan anwar

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online