BREAKING NEWS

Wohaa!!! Batu Nesan paling mahal dalam dunia...


Steve Marsh meninggal dunia pada usia 51 tahun dan keluarganya ingin menandakan kematiannya dengan sesuatu yang luar biasa.

Setelah mendapat keizinan dari pihak berkuasa, mereka telah membuat batu nisan dalam bentuk BMW M3 seperti yang dimiliki Marsh ketika dia masih hidup.

Model dari batu granit itu perlu diimport dari China dan memerlukan peruntukan sebanyak GBP50,000 ( sekitar RM248 ribu) yang harganya hampir sama dengan BMW M3 yang asal!.

Beratnya hampir satu tan dan untuk meletakkan batu nisan itu di atas kuburan Mr Marsh,ia memerlukan bantuan dari kren dan melibatkan tenaga 20 orang anggota.

Rekaannya sangat terperinci termasuk lampu yang dicat perak, dashboard lengkap dengan sistem audionya dan logo BMW kecil pada keempat-empat rodanya. Malah memiliki nombor plat peribadi: "Steve 1".

Mr Marsh, dikenali sebagai seorang yang mencintai model BMW. Dia meninggal dunia ketika tidur pada April tahun lalu kerana masalah sakit jantung.

Isterinya Joanne, 51 tahun dan anak-anaknya Kerry, 31 tahun serta Vincent, 27 tahun yang berasal dari Forest Gate, East London membuat rancangan untuk membina batu nisan itu dengan bantuan seorang tukang batu.

Setelah rancangannya dipersetujui oleh pengelola perkuburan Manor Park, mereka memesan batu granit hitam dari China.

Dan peletakan batu nisan berbentuk kereta BMW itu dilakukan ketika upacara ulang tahun pertama kematian Marsh pada 23 April lalu yang dihadiri oleh 50 tetamu.

Untuk memberikan sedikit kesan lucu, mereka telah menambah tiket parking yang diselitkan di bawah wiper.

Seorang anak perempuan Marsh yang bernama Kerry mengatakan: “Dia adalah seorang penggemar kereta sepanjang hidupnya, dia mencintai kereta lebih dari mencintai anaknya.”


p/s: Apa agaknya lambang batu nesan ahli-ahli politik di negara kita ni yee? Gua tak nak sebut nama, tapi tergelak jugak bila gua terfikir pasal tu.. Hehehehe...

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online