Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Azizan Razak TUNJUK SAMSENG..
Comments : 1
Kerajaan Pas Kedah tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah di Alor Setar meskipun terdapat cadangan agar dilakukan pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks membeli belah yang akan menjejaskan madrasah berusia lebih 100 tahun itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar, beliau tahu mengenai hukum hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.
Menurutnya, pihak luar termasuk Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tidak perlu campur tangan dalam perkara tersebut kerana soal mengubah pelan projek pembinaan kompleks membeli belah berkenaan adalah urusan kerajaan negeri.
“Mukhriz nak kacau apa, kita tengah bincang dah sekarang. Tunggu dia jadi menteri besar esok, dia cakap. Sekarang biar saya selesaikan masalah itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Titi Akar, di sini semalam.
Beliau ditanya mengenai cadangan Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Kedah agar kerajaan negeri menggunakan kuasanya untuk berbincang dengan syarikat pemaju bagi memulihara tanah wakaf yang berkeluasan 0.08 hektar itu.
Menurut Ahli Parlimen Jerlun itu, di kebanyakan tempat lain termasuk di Kuala Lumpur, pembinaan kompleks membeli-belah terpaksa diubah suai pelannya untuk memastikan rumah ibadat tidak diusik.
Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk jawatankuasa madrasah mengecam tindakan kerajaan negeri yang membenarkan madrasah itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks membeli-belah.
Azizan mendakwa, sokongan pemimpin UMNO terhadap usaha mempertahankan kewujudan madrasah itu bermotifkan politik kerana mereka ketandusan isu untuk dimainkan di negeri ini.
Katanya, isu mengenai Madrasah Salihiah adalah perkara kecil dan orang ramai sudah tidak berminat dengannya berbanding isu lain di peringkat nasional yang lebih besar.
“Cari publisiti lain untuk politik, banyak lagi isu lain. Ini hanya perkara kecil, dia hanya mahu tarik perhatian. Orang pun dah tak berminat,” katanya.
p/s: Apalah orang tua ni.., dah tua-tua pun ada hati nak tunjuk samseng dengan orang muda macam Mukhriz tu.. Nampak sangat panas baran dia dah tak boleh control..
Baik-baik sikit Ostad.., jantung Ostad tu bukan kuat sangat.. Nanti masuk IJN sekali lagi kot... Hahahaha...
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
KELULUSAN DARI AL-AZHAR BUKAN UKURAN YANG TEPAT UNTUK MENGUKUR KEBIJAKSANAAN DAN KECERDIKAN SESEORANG.....BERAPA BANYAK ORANG YANG BERPELAJARAN TINGGI TETAPI MASIH TOLOL DAN BENGGAP MALAHAN SOMBONG DAN BONGKAK DENGAN KELULUSAN TERSEBUT......AMAT JELAS SITUA KUTUK NI GAGAL UNTUK MENGAWAL NAFSU AMARAH BELIAU...USTAZ JENIS APA NI.....MANA PENGIKUT PAS TOLOL YANG SERING BERBARING DI TENGAH KEPANSAN BAHANG MENTARI DI JALANRAYA BAGI MEMBANTAH UMNO YANG MEROBOHKAN SURAU USANG DAHULU WALAHAL NYA IA DIGANTI DENGAN MASJID YANG BESAR DAN INDAH......TOLONG LAH BERBARING DEPAN SURAU INI.....AKU NAK TENGOK.....TAPI TAK APALAH BIARKAN SITUA NI DENGAN NAFSUNYA KERANA TAK LAMA LAGI TALIAN HAYAT PAS DI KEDAH AKAN PADAM PADA PRU KE 13 NANTI...ITU ADALAH PASTI......DAN RAKYAT MENUNGGU SAAT YANG INDAH ITU.......
BalasPadam