BREAKING NEWS

Buat report Polis pasal nak pinjam TEKUN????


Korang tahu tak apa menatang nya TEKUN Nasional tu? TEKUN ni kira macam tempat bagi Bumiputera pinjam duit untuk berniaga laa..

TEKUN Nasional atau nama lainnya Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga adalah merupakan salah satu badan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.

Sejarah penubuhan TEKUN Nasional ni adalah bermula hasil daripada Konvensyen Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang pada 1994 yang bertujuan untuk memperuntukkan bantuan berupa modal tambahan bagi usahawan kecil Bumiputera dalam membangunkan perniagaan dengan lebih mudah dan cepat.

So maknanya, bagi sesapa nak berniaga tapi tak cukup modal tu, bolehlah cari TEKUN ni..., kononnya lahh..

Tapiiii..., banyak sangat gua dengar pasal "kecurangan" TEKUN nasional ni beb.. Banyak sangat bumiputera yang merungut sebab susah nak buat pinjaman..

Yang paling baru, ada yang sampai terpaksa report Polis pasal nak buat "loan" dari TEKUN.. Apa kejadahnya ini semua beb?

Pak Menteri yang berwajib, sila tengok masalah ni kejap.. Jangan sampai rakyat kata makan gaji buta nanti.

3 ulasan :

  1. Salam..

    Saya juga peminjam Tekun, dan masih maminjam..sekarang dah masuk kali ke-3.

    Untuk pengatahuan, masa zaman saya mula2 berniaga (2006), pinjaman pertama saya cukup mudah..senang. kejap je dapat. Seingat saya, dlm tempoh tak sampai sebulan, terus dapat cek. Pinjaman pertama maksima RM3000 je.

    Pinjaman kedua sekitar tahun 2007, juga senang dapat.

    Kalau tak silap tarikh, sekitar tahun 2008 & 2009, pinjaman tekun amat susah nk dapat.. dalam 5-1 tahun bulan baru dapat cek. Kelebihan diberikan kepada peminjam yang pernah meminjam dan ada rekod baik pembayaran balik. Tu pun peminjam yg ada rekod baik dapat cek dalam 3 bulan. Peminjam baru memang sukar nak dapat cepat.

    Sebab-sebab kelambatan dapat ialah;

    1. Banyak peminjam, gagal membayar balik dan ramai yang kena sebarai hitam.

    2. Tekun Untuk graduan yg baru keluar IPT, terlalu mudah untuk dapat pd awalnya, pinjaman pertama boleh dapat lebih dari RM3,000. ada yang dapat RM20,000 pada pinjaman pertama. Ramai graduan ini gagal bayar kerana banyak 'main' masa bernaiaga..prinsip orang berniaga, kena susah dahulu.. mereka ni dapat duit terus pakai kereta baru. (Bukan semua).

    3. Tekun pertanian, apabila Tekun dibawah menteri pertanian, banyak loan dilulus lebih kepada petani/sektor pertanian. mudahnya pinjamam lulus - ada tanah kosong pun boleh lulus RM8000 - untuk tanam serai. Tapi projek banyak gagal sebab orang kita ni bila ada duit, terus guna untuk tujuan lain. Jadi..peminjam gagal bayar balik.

    4. Tekun niaga - tekun niaga ni, beri produk, bukan duit 100%. Ada kes berlaku, peniaga utama yang anti-kerajaan sabotaj satu projek tekun niaga ni, mereka kata kepada peniaga di bawahnya (iaitu peminjam tekun) pinjaman tekun niaga ni tak perlu bayar, bila petugas tekun nk pungut duit mingguan, jadi kecoh dan tekun disalahkan pula.

    Pendek kata, masalah susah dapat loan tekun ni, berpunca dari peminjam yang gagal bayar balik.

    Tekun tidak sama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), AIM-jika peminjam tak bayar, ahli grup (dipanggil 'sahabat') itu yg kena tolong bayar dahulu. sebab tu rekod bayaran pinjaman AIM 98.2% dapat balik.

    Untuk pengatahuan, TEKUN bukan untuk bumiputra sahaja. Tetapi persen kepada bumiputra lebih besar.

    Saya percaya, kerajaan nk tolong rakyat, lebih2 lagi Bumiputra.. tapi orang kita yang membuat onar membuatkan orang lain susah nk dapat loan.

    MARA (majlis amanah rakyat), membekukan pinjaman sementara, mereka lebih kepada memungut hutang2 dari peminjam yang ingkar.

    Tekun cukup popular kerana boleh pinjam banyak dengan mengisi sedikit borang tanpa kertas kerja berjela-jela.

    Waullahu 'Alam

    BalasPadam
  2. apa2pun aku respek dgn kerajaan yg mentadbir malaysia sejak dulu dan kini. dlm susah2 dok tuduh rasuah, sebenarnya dasar kerajaan banyk nak membantu golongan susah. yg menjadi susah ialah rakyat sendiri yg bikin susah sbb ramai sgt yg nak senang cepat,dengki dan khianat, otak udang betul.

    BalasPadam
  3. Tahniah kepada irs-Hursaini.. kerana telah membuat kenyataan yang sangat2 tepat.. masalah Tekun sukar dlm memberi pertimbangan kepada permohonan pinjaman jawapannye Hanya ada 1.. takut berkemungkinan usahawan2 yg meminjam TIDAK MEMBAYAR balik pinjaman yg diberikan.. buka mata dahulu sebelum memberi kritikan kepada sesuatu organisasi itu.. ini la masalah BUMIPUTERA kita..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online