BREAKING NEWS

Isu buang kakitangan awam : Aziz Bari kata Tony Pua tersilap cakap..


Sambil menegaskan perkhidmatan kerajaan dilindungi sepenuhnya oleh Perlembagaan Persekutuan, pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata, satu suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan untuk mengkaji kedudukan sektor awam dan mengemukakan syor-syor bagi tujuan penambahbaikan.

Sehubungan itu kata beliau, tiada mana-mana pihak termasuk kaum Melayu harus bimbang dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa kedudukan perkhidmatan awam akan terganggu gugat.

“Anggota perkhidmatan awam tidak boleh disingkirkan begitu sahaja. Begitu juga dalam soal kenaikan pangkat,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Aziz berkata kemungkinan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua telah tersilap dalam memberikan pandangannya dan digunakan oleh media pro-Umno seperti untuk menjadikannya sebagai satu isu, tetapi wakil rakyat itu ada mencetuskan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

“(Sebenarnya) beliau ada membuat beberapa poin yang baik, tetapi kena ingat bahawa sebahagian besar daripada 1.3 juta kakitangan awam adalah orang Melayu. Kira-kira 150,000 adalah tentera dan 100,000 lagi polis,” kata beliau lagi.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini menambah, dalam mana-mana kes kakitangan awam, mereka dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi, kebimbangan yang ditimbulkan oleh Utusan adalah mengarut. Anggota awam tidak boleh dibuang begitu sahaja,” kata beliau lagi.

5 ulasan :

  1. kalau dap nk buang kakitangan awam pastikan aziz bari org pertama ayg akan merasainya

    BalasPadam
  2. Aziz Bari ini bodoh.. Bukan paper utusan sahaja yg keluarkan ucapan Tony Pua ini.. Surat khabar cina pun ada depa keluarkan jugak untuk meraih sokongan pengundi cina pada PRU13 ni.. Aziz Bari ni nak jadi Pensyarah ataupun nak masuk politik.. Kalau nak masuk politik pi letak jawatan masuk bertanding nanti.. Lgpun DAP mmg dok cari melayu jadi BARUA depa lani...




    Aryan Brotherhood

    BalasPadam
  3. Silap cakap kepala otak hang. Pakar Perlembagaan putaq belit.

    Terlajak perahu boleh ditarik terlajak cakap buruk padahnya.

    Setiap pejawat awam akan ingat apa yang dikatakan oleh Todi Puaka.

    Tak payahlah Prof. Pungkok ini nak bela dia pula. Pi Mampus dengan PKR.

    BalasPadam
  4. AZIZ BARI NI MEMANG BETUL LA MUNAFIK..

    YANG MULA2 'SILAP CAKAP' ITU ADALAH AKHBAR CINA SINCHEW..BUKAN UTUSAN. KALAU TONY PUA CAKAP DGN UTUSAN, MEMANG LOGIK LA SILAP CAKAP SEBAB DIA CAKAP MELAYU PUN TAK BETUL. CAMTU KE MENGAKU WARGANEGARA MALAYSIA?

    TAKKAN SI TONY PUA SALAH CAKAP DENGAN AKHBAR CINA? ATAU MEMANG AKHBAR CINA ITU PENIPU MACAM MALAYSIAKINI?

    BalasPadam
  5. Jangan membela kenyataan org yang mmg pada dasarnya membenci org melayu ini... mmg tony phua nak buat org melayu ni merana kat tanah sendiri... aziz bari ni ckp xpakai otak ke? takut pakatan rakyat hilang undi daripada kakitangan kerajaan ke?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online