BREAKING NEWS

Antara video Nalakaruppan dan video PapaGomo..


Didalam negara ni.., tak susah untuk dapat kedudukan yang setaraf dengan Wakil Rakyat beb.. Tak payah bertanding di dalam Pilihanraya dan tak payah berbuat jasa kepada rakyat dan negara..

Sesapa pun boleh mendapat kedudukan macam tu.. Yang penting.., pandai ampu dan pandai tipu..

Untuk pengetahuan korang.., jawatan Senator adalah jawatan yang dilantik bukan melalui Pilihanraya macam Wakil Rakyat. Sesapa yang mendapat jawatan itu mestilah tokoh yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara..

Tetapi peliknya sekarang ni.., ramai pulak yang dapat jawatan senator ni walaupun terang-terang rakyat tak suka dan tak boleh menyumbang kepada kerajaan..

Yang paling baru.., besok Nallakaruppan bakal dilantik sebagai Senator dalam majlis mengangkat sumpah di Dewan Negara yang akan berlangsung di Kuala Lumpur..

Sapa tak kenal dengan Nallakarupan beb.. Yang gua tahu, mamat tu kononnya ada video pasal skandal Anwar dan juga kaitan dia dengan Anwar masa zaman TPM dulu.. Itu je..

Kalau setakat ada video Anwar pun boleh jadi Senator.., blogger PapaGomo pun ada video Anwar beb.. Siap dedahkan lagi pada umum didalam blog..

So.., takkan Gomo tak layak jadi senator kalau Nallakarupan boleh? Sapa boleh jawab nih..?


p/s: Besok kita sambung pasal isu JASA tu yee... Ada jugak yang akan terbakar besok... Hahahaha...

3 ulasan :

  1. Setelah Ezam jadi Senator, kini Nalakarupan lak jadi senator...lepas ni Zaid Ibrahim tak nak jadi senator gak ke??? Atau setiap ahli PKR yg keluar parti akan dapat senator...Yang penting berwibawa dan ada rahsia berkenaan dengan Anwar Ibrahim...boleh la jadi senator...Dan tak terkejut lak nanti si Saiful pun akan jadi Senator....

    P/S Bro MPP hang bila lak nak jadi senator....heheheh

    BalasPadam
  2. Gua jadi Senator bila Anwar jadi PM kot.. Hahahahaha....

    BalasPadam
  3. PILIHARAYA DAH DEKAT..JENTERA PERANG BN HARUS DIPERKUAT..SETELAH EZAM, NALLA PULAK DAH JADI LAKSAMANA PERANG...BUKAN PASAL ANWAR SAHAJA PASAL PR PUN NALA ADA SIMPAN MAKLUMAT...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online