BREAKING NEWS

JASA (Jabatan Hal-ehwal Khas)? Apa kejadahnya tu??


Gua tak nak cakap banyak la ye.., gua cuma nak tau apa peranan JASA ni sebenarnya gerakan politik bagi membantu kerajaan?

Setakat ni gua tak nampak pun apa kejadah yang JASA ni buat khususnya di Penang! Adakah JASA ni ditubuhkan untuk syok sendiri je?

Yang gua dengar.., kononnya ada banyak program dorang buat, tapi apa kesannya pada sokongan rakyat pada kerajaan? Program syok sendiri? Boleh jalanlah baiii....

Sorry to say lah yee.., gua berani cakap kat sini, makin lama makin tenggelam nampaknya agensi yang satu ni...

Kalau bab nak goncang Guan Eng dengan DAP di Penang, gua rasa bloggers yang bertungkus lumus melawan 24jam X 7 hari seminggu! Dan bloggers ni semua bukan geng JASA pun...

Yang lain, emm..., alahaiiiii.... ntah la... Yang paling best, semua agensi ni dok claim berjuang demi agama, bangsa dan negara... Tapi percayalah.., retorik je semua tu baiii...

Setakat dok bersembang dengan geng sendiri dalam Fesbuk, lepas tu kutip artikel yang diedit dari bloggers untuk tunjuk KPI.., baik ambik bloggers je jadi pegawai beb..

And then.., bila gua cakap macam ni, confirm ramai nanti orang yang meroyan dan susah nak terima... Tapi cuba fikirlah bro.., jangan buat kerja setakat nak cukupkan KPI je..

Penang dikuasai oleh DAP dan Pakatan.. Takkan agensi nak berlagak macam dok jadi kerajaan lagi kot? Lu nak tipu sapa beb..?

Sebenarnya banyak lagi yang gua nak meroyan kat sini, tapi cukuplah setakat ni dulu.. Kalau gua rajin, nanti gua sambung lagi cerita pasal puak-puak ni..

Gua harap pihak JASA tau la apa nak buat lepas ni... Jangan setakat buat program syok sendiri je beb.., hasilnya akan keluar syok sendiri jugak laa...

Soo..., buat tugas dengan lebih agresif lagi ye.. Jangan asyik cerita buat kerja kerana agama bangsa dan tanahair bai.., korang tu dibayar gaji dan elaun tauuu...

Macam gua ni lain lahh..., Mana ada pernah dapat elaun dari JASA..

Kekadang gua pun tak faham.., masa sedang berjalan, tapi nampaknya masih ada agensi yang sedang bercuti-cuti malaysia!

Tunggulah lepas ni.., InsyaAllah gua akan telanjangkan agensi-agensi yang makan gaji buta ni satu persatu kalau dorang tak nak berubah ...

Punyalah banyak peruntukan yang Najib dan government bagi kat korang untuk buat kerja, tapi korang pilih untuk main-main yee... Nanti korang semua.., tunggulah nasib korang lepas ni!!


p/s: The truth is out there.... Hahahaha...

11 ulasan :

  1. JASA..akupun x tahu apakebenda JASA ni..dia ni jabatan apa? apa kerja dia? setakat duduk goyang kaki makan gaji buta, baik dibuang je semua pekerja JASA.menghabiskan duit rakyat je.

    BalasPadam
  2. Betul tu bro, byk agensi yg mkn gaji buta. Dan yg peliknya menteri pun percaya apa yg dilaporkan. Org mcm kita yg tak harapkan imbuhan terus berjuang. Kalau nak share info mengenai agensi boleh ke? Percaya ke pemimpin atasan dgn kita?

    BalasPadam
  3. belasah beb, belasah! jgn kasi can. dh bnyk mentekedarah gaji buta JASA ni. takut JASA makan double dr pakatan kot. kena siasat sambil bedal kasi bangun dr tidur!!!

    BalasPadam
  4. salam saudara.. dalam pengamatan saya JASA SARAWAK telah melakukan yang terbaik dalam pilihan raya negeri ke-10 pada 16 april lepas. mereka telah bersiap sedia sebaik sahaja berlalunya pru-12 2008 sebab mereka tahu sarawak akan menjadi negeri rebutan sengit.

    alhamdulillah, mereka telah melakukan yang terbaik walaupun hilang beberapa kerusi dun.

    berlalunya 16 april 2011, mereka kini bersedia pula dengan pru-13 yang tidak lama lagi gelanggangnya akan dibuka.

    selepas pru-13 mereka terpaksa berhadapan sekali dengan pilihan raya negeri ke-11. maknanya mereka sentiada digerakkan untuk membantu kerajaan. bukan sahaja JASA, malah agensi seperti KEMAS SARAWAK juga melakukan perkara yang hampir sama.

    saya memberi tabik hormat kepada JASA SARAWAK walaupun keadaan negeri mereka penuh liku dan cabaran.

    walau bagaimanapun, menyalahkan JASA 100% juga tidak adil. dalam setandan pisang, mesti ada yang kurang baik.

    sekian, terima kasih.

    SEBERANG PERAI, PENANG

    BalasPadam
  5. Bukan kat Penang je beb, 1Malaysia macam tu. JASA ni dah hilang fokus. Menteri dia tak tau buat kerja. Pegawainya semua berangan nak jadi calon. Ada panel pemikir pun hanya berfikir macammana nak untung kan diri sendiri. Pegawai makan gaji buta sebab Boss mereka tak fokus. Bajet banyak habis dibedal orang atasan. Boss borek anakbuah rintik. Kerja cuti-cuti Malaysia. Lapuran tipu-tipu Malaysia. SB pun sama.. malas, mintak lapuran dari pegawai JASA. Suma tipu.... suma kena tipu. 1Malaysia kena tipu.

    BalasPadam
  6. Dah ada yang marah bila gua tulis macam ni nampaknya... Ada yang terasa kononnya difitnah.. Siap kenen dan perli bloggers lagi..

    Hahahaha.. Nanti gua tulis pasal cerita tu kalau gua ada masa..

    BalasPadam
  7. Salam Bro...Aku harap sgt hang dapat tulis lagi pasal isu ni dan agensi so call politik yg banyak habiskan duit rakyat...Macam2 prog dibuat tapi semua syok sendiri...Lepas tu lak report semua bagi gula2 nya report je kat YAB PM...Yang best sekali masing2 ada hati nak jadi calon...Aku sokong sangat usaha ko ni...dan aku doakan moga ko diberi kekuatan oleh yang Maha Esa...

    P/s heheh report aku pun duk dalam tong sampah....

    BalasPadam
  8. Bro Nanang.., InsyaAllah bro.. Dah mula ada yang panas punggung dengan gua nih.. Hehehehe...

    BalasPadam
  9. as-salam MPP , tahniah JASA Sarawak.
    JASA yg aku tahu disini mmg betul gaji buta. ada satu masa dulu kawan aku kerja dgn JASA pergi cuti cuti MALAYSIA balik bagi laporan pada pihak lawan 'TALAM DUA MUKA '. dia dah pencen pun sekarang. Alhamdulillah skrg dah sah dia penyokong kpd pembangkang.
    (Matt)

    BalasPadam
  10. yang aku tahu MAJORITI memang makan gaji buta.

    jadi buat apa wujudkan lagi agensi ini? baik dihapuskan terus. bazir duit rakyat je!

    BalasPadam
  11. @TEROPONG AJAIB

    Salam,

    pilihan raya negeri ke-10 ok la kot...lani DAP masuk Sarawak buat program impian Sarawak pun depa tak tau...bodo nak mampos..org dah bagi maklumat salahkan kita pulak..bahlol nya JASA..pundek la

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online