BREAKING NEWS

Kerja.., cuti-cuti Malaysia..., Program.., Tipu-tipu Satu Malaysia....


Ramai yang tanya gua, kenapa gua kacau JASA? Dah tak ada isu pembangkang ke yang gua nak tulis sampaikan gua cucuk punggung JASA tu..?

Jawapan bagi soalan tu ialah.., pertamanya gua ni bukan blogger makan gaji tetap dengan kerajaan macam blogger JASA.. Keduanya.., gua tak tertakluk kepada mana-mana peraturan supaya jangan hentam parti atau agensi kerajaan..

Ketiganya.., puak-puak yang tanya gua tu kena ingat.., ini blog gua dan suka hati gualah nak hentam sapa pun..

Sekarang ni.., bila gua cuit JASA, ada "orang besar" sudah marah kat gua lah.. Dia tak suka gua gunakan bahasa kesat kepada JASA.. Dia dengan "ikhlasnya" perli kononnya bloggers adalah pejuang tulen negara dan bloggers semuanya ada kuasa hebat.. Hahahahaha...

Bro.., bloggers tak hebat broo.. Kami bukan hantar laporan kat Pejabat PM pun.. Dan PM tak kenal kami punn... Sebab apa? Sebab kami buat kerja buta je.. Tak perlukan KPI untuk tuntut gaji.. Ahmad Maslan pun tak kenal kami... Apatah lagi Rais Yatim..

Orang lain yang claim kredit hasil kerja bloggers.. Compile apa yang blogger tulis.., lepas tu hantar ke Pusat untuk cukupkan KPI... Ingat gua tak tahu ke pasal ni bro..? Apa kita orang dapat? Habuk pun tadak brooo...

Dan selama ni gua maki hamun Anwar, Nik Aziz, Hadi, Guan Eng dan Kit Siang pun guna bahasa gua bro.. Ada ke puak-puak agensi berterima kasih pasal sumbangan bloggers dan cybertroppers?

Bebudak bloggers update blog hampir setiap jam.., ada ke agensi-agensi ni pandang? Itu kerja tak dibayar tauuu.. Dalam kata lain.., kerja free yang tak boleh claim overtime..

Blogger bukan ada gaji macam pegawai DUN yang gred S22 ataupun Pengarah yang bertaraf Jusa.. Bloggers buat 2 kerja satu hari demi untuk bantu kerajaan.. Satu kerja cari duit untuk bagi makan anak bini, dan satu lagi kerja buta untuk bantai Pakatan...

Dan bloggers tak dapat bonus pun bila setiap kali Bajet dibentangkan.. Lainlah macam pegawai agensi yang dapat segala bantuan... Senang cakap.., cukup dari segala segi bro...

Tapi..., sekarang bila gua cuit sikit agensi supaya jangan terlampau kuat mengampu dan menipu.., puak-puak tu terus mengelupur marahkan gua.. Terus gua dicop sebagai jahat dan kacau dorang punya strategi...

Alasan yang paling memualkan ialah.., dorang punya program-program terpaksa dirahsiakan.. tak dapat dilihat.., dirasai.., dicakap dan dipromosi.. Hahahahahaha..., secret sangat lah kononnn..

Kalau macam tu, gua pun nak mintak bajet dari Najib untuk bantu kerajaan.., bila dia tanya pasal program, gua akan jawab "SECRET"... Hahahahaha...

Patutlah kita tak sedar program yang agensi buat selama niii... Dan kalau gua dan kengkawan bloggers tak sedar program dorang.., macam mana lah rakyat nak sedar gamaknya yeee...? Ni lah agaknya yang dikatakan Program Tipu-tipu 1Malaysia....

So..., bila gua kata dorang ni buat program syok sendiri.., dorang tahu pulak marah... Kenapa dorang marah? Kerana dorang tak nak orang atas tahu lah tu..

Berbalik kepada isu sapa pejuang tulen tu.., terima kasihlah sebab iktiraf bloggers ni sebagai pejuang yee.. Tapi setakat iktiraf je lah..., bukan kena sponsor pun kannn... Blogger Pakatan tu lainlah sebab dorang dapat tiket syurga sorang sekeping..

Dan lagi satu..., kalau pegawai-pegawai agensi ni setakat menempek untuk tumpang rasmi program itu ini dengan Pak Menteri, macam mana nak jadi pejuang tulen baii... Lepas tu ada hati pulak nak jadi calon Pilihanraya Umum... Mampussss....


p/s: Agensi mana pulak nak balun lepas ni yee..?

8 ulasan :

  1. P/S Agensi mana lak lepas ni nak balun...hehehe bro hanya ada 3 lagi agensi sahaja yang buat keje sama macam JASA ni bro, so tak susah kalau lu nak balun. Lu petik je, lepas JASA, BTN , KEMAS dan Seranta hahahaha Bagi bukak je pekong dia org ni yang dah berabis berjuta ringgit duit rakyat dgn prog syok sendiri, belakang bagi profile sendiri utk jadi calon, aduhaiiii....Aku pun naik loya bila tgk Ketua Pengarah JASA dengan gaya sombongnya siap bodygurd tu bro...dah macam menteri lak....Apa pun, mereka ini tak pernah rasa rugi dan akibatnya, kerana semua duit yg dibelanjakan bukan duit mak bapak dia.Ada yang sanggup makan duit haram dan bagi anak bini makan aduhaiiii....

    BalasPadam
  2. MPP kasik bantai dorang nie.. Jgn kasik chance.. Pukol sama rata.. Lu punye blog lu punye pasal lahh.. Gua peminat blog lu, gua punye pasallah..

    BalasPadam
  3. balun BTN lak MPP. ada yg pasang agenda lain dlm btn ni... maklumla dulu pon bawah si juburi tu

    BalasPadam
  4. Assalam bro.
    Gua cayalah bro..
    Kena selalu kena pahat otak sengal depa ni.Depa ingat kita ni makan gaji ngan emak bapak depa..

    Teruskan bro gua sokong.

    BalasPadam
  5. Wa tabek Lu bro.. sebab tu now wa dah malas tulis blog. Sebab kita tulis puak puak lain ambik nama.

    Kita bukan nak peningtirafan atau gaji..jgn kacau kita sudah laa..

    Biar di lantok nye ..Kalah besok baru depa tau.

    Dulu aku ingat nak nolong gak secara sukarela. Tapi aku ingat ingat balek kita je terhegeh hegeh bro...DEpa mcm tu jugak suka buat perkara yg kasik susah semua org.

    Teruskan perjuangan bro..aku sapot dari belakang

    BalasPadam
  6. syabas bro..kasi balun je dorang ni..dorang kena ingat dorangpun bukannya maksum macam puak PAS.dorang buat salah, kita balun je habis habis.

    BalasPadam
  7. JASA tetap terbaik bro.. ada pihak yg dengki dgn JASA. hang balun jabatan penerangan. depa lg teruk! setakat kerja angkat mikrofon, budak tadika pasti pun boleh buat bro.

    jabatan penerangan jauh ketinggalan drpd JASA bro...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online