Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Tun Mahathir bakal dikenakan tindakan oleh kerajaan PAS Kelantan..
Comments : 7
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh dikenakan tindakan menghina Dewan Undangan Negeri (Dun) kerana menghalang Kelantan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II).
Pakar undang-undang perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berhujah surat Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan pada 1994 dianggap sebagai suatu penghinaan terhadap Dewan Undangan Negeri (Dun).
Menurutnya anggota Dun di kalangan penyokong kerajaan boleh mengusulkan dalam dewan untuk diambil tindakan terhadap Perdana Menteri.
“Tak kan pula surat yang pernah dihantar Perdana Menteri menghalang hudud dilaksanakan di Kelantan ada tarikh luputnya.
”Perdana Menteri boleh dipanggil menghadap Jawatankuasa Terpilih Dewan kerana surat yang dihantar boleh disifatkan sebagai menghina keputusan Dun,” katanya pada wacana pelaksanaan hudud di Kelantan di Kota Darulnaim petang ini.
Turut bertindak sebagai ahli panel pada wacana tersebut dua orang yang terbabit menggubal rang undang-undang hudud iaitu Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad dan bekas anggota Exco, Datuk Mohamed Daud Iraqi.
Jawatankuasa pengubal rang undang-undang tersebut diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. Anggota lain termasuk Mufti Kelantan, Datuk Shukri Mohamad, Prof Ahmad Ibrahim dan bekas Pendakwa Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty.
Dr Abdul Aziz yang juga pensyarah kanan UIAM berkata, tindakan sama boleh dikenakan terhadap bekas Ketua Polis Terengganu yang pernah mengeluarkan kenyataan tidak mahu memberi kerjasama kepada kerajaan Terengganu yang juga melulus enakmen hudud ketika di bawah pentadbiran PAS.
“Sepatutnya ada pihak yang membuat usul pada persidangan Dewan kerana tindakan seumpama itu boleh ditakrifkan sebagai menghina Dewan,” katanya.
Sedangkan menurutnya di bawah Akta Polis disebut dengan jelas pasukan itu berperanan melaksanakan tugas sama di bawah undang-undang sivil atau syariah.
Sebelum itu pada hujah awalnya beliau berkata, tidak ada lagi sesuatu pelik di negara ini apabila kerajaan melanggar sesuka hati undang-undang dan perlembagaan.
Contohnya hal ehwal agama adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bukannya persekutuan.
Namun katanya, kerajaan pusat melanggar peraturan apabila turut menubuh agensi agama sendiri.
Malah kata Dr Abdul Aziz banyak lagi perlanggaran perlembagaan dilakukan kerajaan pusat termasuk menghapus imuniti raja-raja Melayu dan kuasa perkenan yang dimiliki Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
Beliau sekali lagi mengulangi pendiriannya tidak perlu kepada pindaan perlembagaan dengan mendapat majoriti dua pertiga bagi melaksana hukum hudud di Kelantan.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
kalau pas hina hukum hudud tu sendiri mcm mana lakk professorr..???
BalasPadamhukum hudud pas bleh liwat isteri mcmana plakk proffff...????
pas gagal kemukakan amendment ke 3 hudud di dun kelantan ....kira mcmana plak proff.....hahaha
Prof Oh! Prof....cm x pro jeer prof niee
BalasPadamAlahai Prof bingai ni lg bercakap... dh kaji ke kaedah hukum hudud yg Pok nik tu nk buat? Dh telitikn ke Prof ooiiiiii...
BalasPadamIngat TDM tu buta2 je ke nk tolak hudud.Podahhhhh cakap nk laksanakan hudud sampai kesudah tak buat.
Sebelum nk laksanakan hudud pastikan kebersihan kat Kelantan tu...Islam nak umatnya bersih..baik jiwa mau pun kehidupan harian. Ni tandas rumah sendiri pun tak berjaga....
prof tunggul kayu...MU DAH KAJI KE HUDUD VERSI PAS TU, TAK PAYAH NAK TUNJUK BIJAK KALAU SETAKAT PROFESOR KANGKUNG, TAK PAYAH LE NAK CABAR TDM ..MU DENGAN TDM SEUMPAMA LANGIT DENGAN BUMI JARAKNYA.....APATAH LAGI NIK AZIZ YANG TAK TAHU GAPO SATU.....LAGI JAUH BEZANYA....MU INGAT TDM TAK KAJI KE BENDA TU....KALAU SETAKAT PANDAI CAKAP SIAPA PUN BOLEH....KALAU MU BIJAK SANGAT SAMAN LAH TDM .....KALAU MU DAN NIK AZIZ TAK RETI MENGAKU SAJALAH..TAK PAYAH NAK SALAHKAN ORANG LAIN PULA.....
BalasPadamcheck,,,action....walau pun kau tak ku kenali totapi serbanmu, janggut mu tetap menjadi pujaan hati ku.....cuuuuut....jangan bising ahhhhh mereka tengah shooting filem daaaaa....patutlah sejadahnya terbalik nak cepat,....takut orang UMNO nampak kah..kah..kah....hentam sajalah labu.
BalasPadamProf...dah kalu boleh laksanakan jalan jelah..apa nak saman menyaman pulak.Janganlah jadi batu api..
BalasPadambodohnya puak ni..nak buat hudud buat je lah..tu masalah negeri ko sendiri..apa kaitan dengan kerajaan pusat lak.
BalasPadam