BREAKING NEWS

Mat Sabu yakin akan tawan Putrajaya..


Pas yakin peralihan kuasa boleh berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), selepas negara menyaksikan kebangkitan parti Islam sejak kebelakangan ini, kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Beliau mengingatkan supaya mempertahankan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) dan berusaha untuk ambil alih Putrajaya.

“Ini agenda utama kita dalam PRU akan datang,” katanya ketika berucap di hadapan 5000 penyokong Pas yang hadir pada ceramah sambutan 60 tahun Pas peringkat negeri Kedah, malam semalam.

Mohamad berkata, fenomena baru dalam politik Malaysia yang melihat gabungan Pas-DAP tidak disenangi ramai, oleh itu pihaknya mahu kedua-dua pemimpin bergerak dengan pemikiran baru tanpa meninggalkan dasar asal perjuangan parti.

“Kita juga sedang menterjemah kandungan Buku Jingga di semua negeri PR. Ada yang kita puas hati dan ada sebaliknya. Namun saya lihat penerimaan rakyat sedang meningkat, sehingga Perdana Menteri cuba menjawab buku itu dalam belanjawan 2012,” katanya.

Menurutnya, PR kini mahu mengikis pemikiran rakyat yang sudah lama disogok dengan prinsip, konon hanya Umno mampu memerintah dan menyejahterakan Melayu.

“Mungkin rakyat belum nampak kebolehan kita untuk ganti Umno. Saya mahu kikis pemikiran itu, dan beri jaminan jika Umno kalah, orang Melayu masih boleh teruskan kehidupan macam biasa,” katanya.

Mohamad turut mengingatkan Umno bahawa isu pembangunan tidak lagi sesuai dijadikan bahan kempen parti itu untuk mengembalikan sokongan rakyat.

“Pada PRU akan datang, berdasarkan analisis saya, BN bergantung kepada empat sumber, iaitu undi orang Melayu di luar bandar, undi peneroka Felda, undi pos dan undi Bumiputera Sabah dan Sarawak untuk kekalkan kuasa,” katanya.

Malah, katanya, BN masih memainkan isu 3R (racial, religion, royal) untuk mendapatkan sokongan rakyat, dan pada masa sama membuat tuduhan liar terhadap PR konon sering memperlekeh isu membabitkan perkauman, agama dan kesetiaan raja.

Mohamad berkata, sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, kesemua negeri di bawah PR belum memutuskan sama ada akan membubarkan Dewan Undangan Negeri atau tidak.

“Saya tahu ramai yang bertanya adakah pilihan raya seperti itu akan berulang kali ini. Itu kita tunggu dahulu. Kita pernah buat pilihan raya berasingan dan keputusan berpihak kepada kita, apabila menang di dua buah negeri,” katanya.

9 ulasan :

  1. Mat Sabu menang ngan normah aje...

    BalasPadam
  2. Mat sabu akan jadi menteri apa ekkk yang Sesuaaayyy ????< Sengaukan ayat ini

    BalasPadam
  3. kalau dia kalah PRU13 esok, alasan yang diberi sehingga jam 4 ptg mereka dah menag lepas itu datnag peti undi lain yang menyebab mereka kalah. dah berpuluh tahun aku dengar alasan macam tu..hahahaha hampas

    BalasPadam
  4. yeahh...sama2lah kita hayati hikayat buku roplah jingga...agar kita semua melingkop bersama2 pakatan roplah jingga...A'AAA...WUU...HUH...HUUUUUU

    BalasPadam
  5. Mat sabu dan pas ni tak belajar2 lagi dari kisah DUN Terengganu la..

    BalasPadam
  6. overconfident sgt.....kalau jatuh tersungkur jgn salahkan lantai bergoyang...

    BalasPadam
  7. Mat Sabu dok berangan nak jadi PM tu .... almaklumlah kalau ikut segala perancangan .... Anwar Ibrahim bakal menjadi penghuni penjara sungai buluh .... dan Hadi Awang mungkin akan berundur kerana masalah sakit jantung.

    Maka dia membuat perkiraan sebagai Timbalan Presiden PAS yang menang 60 kerusi di PRU-13 (cukup ka?), dialah yang layak sementelah berjaya mempengaruhi Keluarga Dinasti Lim untuk malu-malu nak jadi PM.

    Walau bagaimanapun ... dia perlulah berentap manja dgn 4 naib presiden untuk jawatan PM. Cabaran S/U Agung PKR tidak menjadi hal kerana Saifudin tidak layak kerana keturunan batak dari indon.

    BalasPadam
  8. mat sabun ni la..memang muka tak malu. heran tgk org melayu tak guna akal yg waras. Yg memimpin gila kuasa yg dipimpin pulak buta..panatik. kesian sungguh..mat sabun ckp la apapun depa setuju & sokong...tanda akhir zaman

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online