BREAKING NEWS

Sam Ketot dakwa Najib adalah pemimpin paling lemah dalam sejarah negara.


Kengganan Datuk Seri Najib Razak menyahut pelawan debat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan beliau Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah negara.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Najib sepatutnya mengambil peluang itu untuk mempertahankan Belanjawan yang dibentangkannya di parlimen 7 Oktober lalu.

“Perdebatan mengenai belanjawan ini bukan soal peribadi, jauh sekali persoalan siapa menang siapa kalah.

“Persoalan utama yang wajar dilihat Najib ialah isu rakyat, kerana segala wang dalam belanjawan itu adalah milik rakyat,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Menurut Shamsul, debat secara terbuka adalah medan terbaik memberi peluang kepada rakyat menilai Belanjawan yang ditawarkan kerajaan BN dan Pakatan Rakyat.

“Kami juga cukup yakin rakyat Malaysia mahu melihat Perdana Menterinya bukan sahaja berani berkata belanjawannya jujur, tetapi harus kelihatan jujur dengan mempertahankannya,” katanya.

Namun kata Shamsul, sehingga kini, Najib bersikap membisu berhubung pelawaan debat itu, sekaligus menunjukkan beliau tidak berani bersemuka dengan Anwar.

Pada 17 Oktober lalu, Anwar mencabar Najib berdebat secara terbuka mengenai kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012.

Pelawaan itu dibuat ekoran Najib sehari sebelum itu mengkritik belanjawan Pakatan Rakyat kononnya tidak memahami kehendak rakyat.

Anwar berkata, debat itu harus diadakan segera secara terbuka kerana perbahasan Belanjawan di Parlimen lazimnya tidak mendapat liputan meluas dan rakyat tidak mendapat maklumat.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Najib mengkritik dan menyerang Anwar sebelum mengambil pendekatan berdiam diri.

Pada Pilihan Raya Kecil DUN tenang di Johor Januari lalu, Najib mengkritik Buku Jingga dengan mendakwa Anwar akan demam jika berdebat dengannya.

Namun, beliau membisu apabila Anwar mencabar berdebat mengenai kandungan dokumen berkenan, yang merupakan manifesto bersama Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, Najib ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober lalu, meniru beberapa kandungan Buku Jingga, seperti diakui sendiri beberapa menteri kabinetnya.

4 ulasan :

  1. apa resionalnya ajak PM untuk debat pasal bajet???? ada ke pernah PM sebelum ni debat pasal bajet...bagi rakyat yg memerhatikan tindak tanduk pembangkang...sebenarnya mereka terutama DSAI dah x ada isu untuk menarik perhatian..dan bertujuan menunjuk PR masih releven lagi wal hal dia pun dah nak ke S,buluh bulan depan....sebelum nasi menjadi bubur jgn lah rakyat terpegaruh dgn dakyah songsang PR...terlajak perahu boleh di tarik balik...terlajak pangkah jawabnya malaysia bakal jadi Republik...masa itu menangis ayer mata darah pun tak berguna lagi.....

    BalasPadam
  2. PM Najib walk his talk, aljuburi can only talk!!!

    BalasPadam
  3. Najib tu sapa...Anwar tu sapa...

    BalasPadam
  4. aku rasa kalau sparing pon dato Najib leh makan punyer....bodo piang la depa tu

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online