Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Anwar berang terhadap Dewan Pemuda PAS Pahang?
Comments : 3
Dewan Pemuda PAS Pahang (DPPNP) membantah konsert Greatest Hits Tour melibatkan penyanyi gay Elton John di Arena of Stars, Genting Highlands pada 22 November depan kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara ini.
Ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz, berkata walaupun mungkin penyanyi yang berkahwin sesama lelaki itu datang sekadar menghiburkan peminatnya, tetapi bimbang ikon muzik dunia itu akan menjadi ikutan negatif kepada generasi muda.
Sebuah akhbar harian semalam melaporkan Elton, 64, “top 10 artis paling terlaris dalam sejarah muzik” bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia November ini bertempat di Genting Highlands.
“Pihak berkuasa kena sedar bahawa budaya hedonisme atau berhibur secara berlebihan dan melampau kian menular, merebak umpama racun berbisa yang semakin menyerang remaja Islam.
“Sedangkan budaya inilah yang lazimnya membawa kepada kerosakan sebuah masyarakat seperti pergaulan bebas, gejala arak, berzina, anak luar nikah dan melekakan mereka terhadap tanggungjawab beragama selama ini.
“Ini ditambah lagi dengan kemunculan pengamal seks sejenis. DPPNP tidak dapat bayangkan bagaimana penerimaan golongan muda apabila pihak berkuasa tidak menyekatnya dari awal,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Tambahnya lagi, sedangkan akta yang digubal oleh jabatan agama peringkat negeri seperti kesalahan orang Islam memasuki premis judi nombor ekor dan meminum arak di khalayak awam pun gagal ditangani pada masa ini.
“DPPNP memandang setiap perkara yang boleh membawa kemudaratan mestilah disekat lebih awal dengan kuasa yang ada demi kemaslahatan umum dan ini tidak boleh dianggap sebagai tindakan yang menyekat hiburan.
“Oleh itu sama ada Jabatan Agama Islam Pahang, Kerajaan Negeri Pahang, Majlis Daerah Bentong dan mana-mana pihak berkuasa, hendaklah menggembeleng tenaga supaya mencegah kemungkaran ini kerana gejala sosial dan kebejatan moral yang ada pada hari ini pun tidak mampu lagi ditanggung.”
“Jadi pihak penganjur tidak boleh berbangga dengan aktiviti yang mungkin dianggap membawa keuntungan tetapi sebaliknya merosakkan institusi mayarakat dalam jangka panjang,” menurut kenyataan tersebut.
Elton yang terkenal dengan lagu hits seperti Candle In The Wind, Rocket Man, Levon dan Your Son" telah mendirikan rumah tangga dengan rakan homeseksualnya David Furnish pada 21 Disember 2005, selepas kerajaan Britain membenarkan perkahwinan sejenis.
Anak mereka, Zachary Jackson Levon John, dilahirkan melalui ibu tumpang pada 25 Disember 2010 di California. - HaraMkah.
p/s: Anwar Ibrahim pun didalam kategori pengamal seks sejenis jugak... Pemuda PAS tak pernah bantah punnn... Wala' lagi ada laaaa.... Hahahahaha...
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Tq bro sebab sudi & ikhlas post comment dekat blog posting gua.
BalasPadamaik kenapa tak sesuai?anwar meliwat saiful dan azizan tu apa kes?adakah anwar sesuai jadi PM malaysia?jgn kuman seberang PAS nampak GERGASI depan mata buat tak tahu jer
BalasPadamha ha.. alahai bang nuar..ada hati nk jd pm.
BalasPadamkalau nak jgak..cubalah jd pm,tp kat pulau tikus jer ya
tamin