BREAKING NEWS

Jawapan Pengarah Hantu Bonceng pasal isu Zizan hina Islam.


Hantu Bonceng telah pun menemui peminat filem tanah air pada 31 Ogos lepas sempena sambutan kemerdekaan dan sambutan aidilfitri. Tapi gua masih belum sempat tengok filem ni..

Filem arahan Ahmad Idham mengisahkan Amran yang gemar berlumba haram yang tiba-tiba terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa gadis yang memboncengnya. Sejak itu, gadis yang tidak tenteram tu menghantui Amran dan Amran meminta kekasihnya, Halimaton dan rakannya Kunyit sempurnakan mayat gadis tersebut.

Apa yang gua tau,  filem ni dikritik hebat pasal kontroversi dalam satu adegan Hantu Bonceng. Zizan dikatakan menghina Rasulullah SAW dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar Syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan”.

Tambah pulak dengan dakwaan pelakon tu mempersendakan azan, memakai baju ada tanda salib death note ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu.

Gua ada terbaca kenyataan Zizan dalam twitter minta maaf atas kesilapannya menghina Rasulullah dalam filem tu..  Tapi kat sini gua nak kongsi dengan korang jawapan si Ahmad Idham, pengarah kepada filem Hantu Tonceng Bonceng pasal isu hina Islam ni..

So apa pendapat korang? Bagi gua, nampak sangat sombong dan berlagak si pengarah tu kann... Macam haram je dia punya kenyataan.

16 ulasan :

  1. wow, sombong betul nada jawapan. ciri2 nilai islam dah terbang ikut hantu bonceng kot..

    BalasPadam
  2. biar benor???.....LPF terlepas pandang ke bnda tu???....kenapa sanggup guna dialog2 mcm tu....mmg sgt JELAS hina Nabi Muhammad SAW....aku mmg x nak dgr penjelasan dr pengarah filem, tp aku nak dgr kata/pandangan ahli agama dlm LPF yg luluskan dialog 7 cara pemakaian sebegitu....

    parah nih...parah

    BalasPadam
  3. biadap,sombong dan bongkak!
    inilah cntoh pengarah melayu yang berlagak sombong & bertuankan tokey cina!

    BalasPadam
  4. memang larrr kita ni dinilai oleh Pencipta tentang apa yang 'di dalam' bukan apa yang 'diluaq'....tapi yang 'di dalam' bukan nya pasai niat semata...tapi pasai iman dan taqwa...

    walauapapun....yang 'di dalam' tu akan berada 'di luaq' menjadi akhlak......sbb pokok yang baik...yang berakaq baik...akan kuaqkan daun dan buah yang baik....

    LPF tu tak pernah buat silap ka...? dia tu tak kan buat silap ka...? ada kah LPF dan dia menyamai dengan depa yang ber'agama PAS'...? atau pun dengan kata lain..."awat larr orang lain ni 'jumud' bebenorr...depa kan 'open minded' sbb tu larr depa boleh 'merelevankan' dan 'merasionalkan' hukum hakam agama ikut kesesuaian dan citarasa depa...maka jadi lah depa sebaris dengan 'penunggang terbalikkan' hukum hakam...menjadi 'pembonceng' syaitan@azazil (yang begitu banyak ilmu tapi dilaknat oleh Pencipta sbb keangkuhan....kesombongan...yang meletakkan 'ilmu' lebih tinggi daripada iman terhadap yang Maha Esa....)"

    depa ni gilerrrr biollll!

    BalasPadam
  5. sekarang keluarkan nama siapa yg tapis skrip filem ini...biar kita tau dan betyul ke xde perubahan dalam skrip? biar org yg tapis skrip ni bagi jawapan kenapa..ahmad idham citenya aku xteringin langsung nk tgk...cerita2 paling bangang lepas mamak padukang tu

    BalasPadam
  6. Sombong sungguh bunyinya. Dialog seperti itu tak perlu ulasan Ulama atau professor yg ada Phd. Anak aku yang darjah 3 pun faham dan tahu maksud dialog tersebut.

    Ya Allah terimalah taubatku.

    BalasPadam
  7. Bro MPP, tak adil rasanya bila bro tak tanya pengarah tu kenapa dia marah sangat dan menulis begitu. Mungkin dia diprovoke.

    Keduanya, bro dengar betul2 ungkapan zizan....ada pause selepas perkataan 'da'...kemudian barulah dia kata 'syaiton'...'syaiton'. Kita kan biasa habiskan beberapa perkataan dalam hati.

    Ketiganya, zizan dlam babak itu sebagai orang yg tidak waras, dirasuk dan meracau-racau. Logiknya orang dlm keadaan macam tu memang tak sedar ucapannya.

    Ada golongan mempermainkan kalimah Allah secara sedar tapi mempertikaikan akidah orang lain. Mungkin itu yg dimaksudkan oleh pengarah tersebut.

    BalasPadam
  8. Zizan kena refer kepada ustaz yg ikhlas pasal isu ni. mungkin dia kena taubat dll. dah jelas dia dah salah dari segi hukum dan mempermainkan syahadah. berat sgt perkara ni sebenarnya. jgn la pasal nak buat lawak sampai mungkin keluar dari islam tanpa disedari. saya sendiri rasa mcm zizan dah melampau batas.

    pasal director pulak, dia ni memang bongkak. dahla buat salah lepas tu defend lagi tu. maknanya dia rasa benda yg zizan buat tu betul. Nauzubillah. woi ahmad idham, sesungguhnya seksaan Allah itu amat pedih. Taubatlah...

    BalasPadam
  9. Sapa2 yg komen dah tengok ka ceritanya...tgk dulu baru komen..baru adil..jgn dinilai drpd apa yg terperkatakan..baik kita tgk dulu baru kita nilai...Drpd saya baca komen nie..kebanyakannya ramai yg tak tgk cerita nie.. baik buruk cerita itu baik kita tgk dulu..baru bole kita nilai dan beri komen...baru adil

    BalasPadam
  10. hahaha lawak dowh cerita ni..dah jadi isu politik pulak hahaha

    BalasPadam
  11. Zizan tu plak, kalau di ingat-ingat lawak-lawaknya memang ada unsur-unsur yang menunjukkan dia kurang ambil berat pasal agama. Sebab tu mungkin si pengarah mengambil dia berlakun sebab sesuai dengan gaya fikiran mereka.

    BalasPadam
  12. Xperlu buang masa untuk melihat perkara yg lagha lagi tiada manfaat. Ketahuilah tiada manfaat yg dapat diperoleh dari menonton filem sebegitu. Adalah baik jika tuan2 dan puan2 belajar agama sedangkan tuan2 dan puan2 kebanyakannya masih jahil agama Islam. Ingatlah kiamat makin hampir dimana Allah menunjukkan pelbagai tanda2 bagi orang2 yg boleh berfikir yakni berakal.Adalah anda tergolong dlm yg golongan org2 yang berakal seperti yg dimaksudkan oleh Allah S.W.T.

    BalasPadam
  13. Pihak tapisan filem kerja cincai dan malas

    BalasPadam
  14. dah tahu bodoh.. sndri xnak belajar... orang yg tegur plak kena sound balik... mmg sial! semoga Allah melaknat orang yg macam idham ni!!

    BalasPadam
  15. nampak sangat persenda nyeee... kalau lakonan tu tersasul takpe la gak...


    dalam filem mesti ada proses dubbing suara, takkan masa proses dubbing suara pun nak still ulang dialong sebut setan tu gak???

    BalasPadam
  16. oh wow ... so does ahmad idham mean yang saya mesti seorang tahap ulama baru dapat tegur orang yang menghina rasulullah?? wowwwwwww.....who is this person yang tak dapat ditegur again di malaysia??? is he like sumbody really special, famous, cendiakiawan, taraf ulama juga?..kata islam tapi buat script muhammad syaitan...tersilap??? tak sengaja...yang penting people laugh and dapat box office ryt? not so bright apparently.

    its very clear now where the standard the director stand! plus some lame joke c actors making more bunch of box office crap movies in years to come....and nanti hina Allah lah pula...wait memang pun. amazing ly theres lots of people come out to see their movie. what a support!

    next time i suggest ahmad idham buat " JANGAN TEGUR" ...buat lah sejuta alasan.

    You step a foot in my country.. ur still bunch of losers = penghina Nabi.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online