Gua tak heran kalau ada laporan mengatakan kepala Regim DAP di Penang ni berbohong untuk cari populariti.. Semua rakyat Penang dah tau perangai dia yang kaki tipu dan berlidah bewak tu..
Tapi kali ni dia dah melampau sebab menipu dihadapan para pelajar di Universiti of Melbourne, Australia.. Aloo apek kiasu.., budak-budak pun lu mau tipu ke?
Kononnya negara ni tak ada kebebasan bersuara katanya.. Kalau betullah macam tu, dah lama member kamceng dia Mat Sabu 121 tu masuk lokap pasal hina prajurit dan iktiraf komunis sebagai pejuang kemerdekaan..
Dan boleh kata memanjang Guan Eng tu kutuk kerajaan pusat.., tapi ada ke dia kena apa-apa tindakan?
Itu bermakna, negara kita ni memang ada kebebasan bersuara lah.. Satu lagi disebabkan faktor Menteri KDN tu terlampau banyak stok amaran..
So.., nak bohong pun agak-agak lahhh... Bohong depan budak-budak bolehlah Guan Eng.. Lu cuba bohong depan rakyat Penang tengok.., orang sudah tak percaya sama lu laaaa....
Ketua Menteri P.Pinang dilihat lebih banyak membidas kerajaan Malaysia daripada menerangkan tentang pencapaian di P.Pinang ketika berucap di University Of Melbourne dalam satu majlis anjuran Malaysian Aspiration Program (MAP) hari ini.
Selain dari membincangkan mengenai isu pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (I.S.A) yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, Lim Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP turut mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara yang kurang kebebasan bersuara.
Mengambil kumpulan anti I.S.A dan perhimpunan Bersih 2.0 sebagai contoh, Ketua Menteri P.Pinang tersebut mendakwa ia adalah semangat sebenar rakyat Malaysia yang dahagakan kebebasan bersuara dan juga mengamalkan hak mereka.
Disamping itu, beliau juga turut menyifatkan kebebasan bersuara di Malaysia berada ditahap yang kurang memuaskan apabila rakyat langsung tidak diberikan ruang untuk komen-komen kritikal terhadap kerajaan. "Komen-komen sebegitu akan dianggap sebagai berunsurkan hasutan", katanya.
Isu liwat Anwar Ibrahim juga tak ketinggalan menjadi topik perbincangan Lim Guan Eng. Beliau mendakwa, prosiding mahkamah di Malaysia telah gagal untuk mengikuti standard undang-undang asas dalam pengendalian bukti. Ini menyebabkan penarikan diri hakim-hakim dan banyak lagi atas sebab tersebut. - UtaraNews.
Catat Ulasan