BREAKING NEWS

GEMPAR!!! Khalid Samad bakal DIPENJARA 3 tahun dan DIDENDA RM 3000..


Belum selesai isu memeriksa gereja, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuka medan tempur baru apabila mendakwa anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana memberikan tazkirah tanpa kuliah.

Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam hari ini dan dinyatakan pendakwaan ke atas beliau dan ditetapkan perbicaraannya pada 24 November depan di Mahkamah Syariah Klang.

Beliau dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan 24 November ini.

Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini.

"Tauliah saya tamat Ramadhan lalu selepas menerimanya tahun lepas dan saya telah memohon untuk menyambungnya. Namun saya menerima surat dari Jais permohonan saya ditolak dan tauliah saya ditarik balik oleh Jais," kata Dr Rani kepada Harakahdaily.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

2 ulasan :

  1. hahaha..pdn mukaa..

    BalasPadam
  2. ITULAH YANG SEBAIK-BAIK TINDAKAN YANG DILAKUKAN OLEH JAIS DEMI MENJAGA KESUCIAN ISLAM.....JANGAN BIARKAN DAJJAL DAN IBLIS BERMAHARAJALELA DI RUMAH ALLAH...USAH TAKUT USAH GENTAR KERANA ALLAH BERSAMA KALIAN....PERJUANGAN ANDA ADALAH JIHAD DAN MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH....MARUAH AGAMA TIADA TOLOK BANDINGNYA HATTA DENGAN JAWATAN,EMAS SERTA WANG RINGGIT....TERUSKAN USAHA ANDA YANG MULIA DAN TERPUJI ITU..JANGAN SEKALI KAMU TUNDUK KEPADA MANUSIA YANG CELAKA DAN DURJANA......

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online