BREAKING NEWS

GEMPAR!!! Hadi Awang TOLAK perlaksanaan Hudud..


Nik Aziz sibuk hentam Mahathir.., hentam Najib dan hentam UMNO pasal isu Hudud.. Tapi kenapa dia tak tanya Presiden PAS sendiri pasal pendirian tentang Hudud ni?

Jom kita baca balik apa pendirian Hadi pasal Hudud sedikit masa dahulu.. Gua berani kerat jari.., Hadi akan spin balik kalau ditanya pendapat dia pasal Hudud dalam masa terdekat....

Lagi satu.., kenapa Hadi kata Hudud hanya untuk orang Islam saja.. Bukan Islam pulak boleh pilih hukuman apa yang dorang nak.. Ini sudah tidak adil beb.. Dalam Islam mana ada macam ni..

Nampak sangat PAS sendiri tak faham pasal Hudud.. Dorang saja je nak jadikan Hudud sebagai modal tarik sokongan melayu kepada PAS.. Maklumlah.. PRU kan dah nak dekat..

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui sukar untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas di negara ini kerana ia hanya boleh dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil.

Malah, beliau juga mengakui bahawa bukan mudah untuk melaksanakan hukum hudud memandangkan negara dan rakyat berhadapan dengan pelbagai masalah.

Kata Abdul Hadi, situasi ekonomi semasa dan pengangguran di kalangan rakyat negara ini menghalang hudud daripada dilaksanakan.

Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau yang juga anggota Dewan Rakyat berkata, belum tiba masanya untuk berbuat demikian.

“Masalah pengangguran masih ada lagi dan untuk laksanakan hukum ini kedudukan rakyat Malaysia mesti stabil contohnya daripada segi pendidikan, kehidupan, dan hubungan keluarga juga kena dijaga,” katanya.

Katanya, kebimbangan yang dilahirkan oleh segelintir rakyat negara ini sama seperti mentaliti kampung ketika era 1950-an.

Mentaliti kampung tahun 1950-an menyaksikan orang ramai khuatir untuk ke hospital kerana mereka bimbang sebaik sahaja melangkah ke hospital, mereka akan dibedah.

Terdahulu beliau merasmikan kempen ‘Jom Sertai Pas’ di Dataran Shah Alam di sini hari ini.

Kata beliau, masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum hudud dilaksanakan di negara ini kerana pelaksanaannya hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam.

Beliau berkata, golongan bukan Islam sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu.

“PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam.

“Pada kita, tidak timbul lagi soal hudud kerana ia telah diluluskan di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan,” katanya.
-MalaysiaToday

3 ulasan :

  1. kalau ni kenyataan hadi awang,patutnya nik aziz keluar pas sekiranya beliau ikhlas dan mempertahankan hudud dan bukan kerana utk menarik perhatian org islam mengundi PAS,sekiranya nik aziz tidak kuar pas bermakna beliau PENDUSTA AGAMA demi kepentingan utk berkuasa

    BalasPadam
  2. kan aku dah kata, hudud bukan segala2nya dlm Islam. utamakan yg mana lebih utama dahulu spt akidah, kekuatan ummah, keperluan asas dsb. bila Islam kuat, hudud akan dilaksanakan dgn mudah.
    UTAMAKAN YANG UTAMA DAHULU...

    BalasPadam
  3. ish3..pehal korng ni??bute ke,bodo ke,bengap ke??atau korng mmg tak reti membace@mengeja??aq tak nmpak pn perkataan "TOLAK" dr hj.hadi..yg die kate "SUKAR"@"BUKAN MUDAH" la bengap!!bese la,benda baru kalu nk dprkenalkn od awam mmg la take time..tp lame2 msti akn dprmudhkn jgk dgn izin ALLAH...hish..mmg dasar manusia yg suke lagakn org..suke putar belit...nk sgt ke jd MUNAFIK??

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online