BREAKING NEWS

PANAS!!! Penyokong PAS dan PERKASA bergaduh kerana Mat Sabu


Sambutan Aidilfitri dan ceramah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Seremban malam tadi, tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol, malam semalam.

Acara yang dijadual bermula jam 9 malam tetapi setengah jam sebelum itu, kira-kira 100 penyokong kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mula berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah.

Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".


Pada awalnya, keadaan dilaporkan terkawal tetapi apabila Mohamad atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu mula menyampaikan ceramah pada jam 10.15 malam, ahli-ahli PERKASA itu didakwa cuba bergerak ke arah pentas.

Mereka bagaimanapun dihalang oleh penyokong PAS dan akibatnya berlaku tolak-menolak dan keadaan menjadi tidak terkawal.

Ketika itu, kira-kira 800 orang menghadiri majlis berkenaan.

Beberapa air botol dan juga batu kemudiannya didakwa dilontarkan ke arah pentas berkenaan hingga menyebabkan ada penyokong PAS yang dilaporkan cedera. Seorang daripada mereka juga mendakwa dibelasah oleh ahli PERKASA.

Timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ghazali Mat Som yang merupakan penganjur acara itu kesal dengan kejadian tersebut dan mendakwa ahli PERKASA bertindak ganas.


"Seorang lelaki cedera di hidung dan kepalanya. Ada juga yang mendakwa ditumbuk di pipi dan terkena balingan batu di bahagaian belakang badan.

"Sebelum kejadian, seorang ahli PERKASA mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami tidak bersetuju menerimanya dan meminta mereka supaya bersurai.

"Kami kemudian memaklumkan kepada pihak polis dan apabila polis minta mereka bersurai, mereka juga engkar dan mula menunjukkan kebiadapan. Apabila lebih ramai polis datang, barulah mereka bersurai,” katanya.

Sehubungan itu, Ghazali menggesa polis supaya bertindak dengan adil dan memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.


Sementara itu, Setiausaha PERKASA Negeri Sembilan, Alias Mohamad yang turut hadir semasa kejadian itu semalam, ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini berkata bahawa mereka bukanlah anti-PAS tetapi sekadar menyatakan bantahan terhadap Mat Sabu.


Kami bukan menentang PAS secara keseluruhan tetapi hanya menyatakan bantahan kami terhadap Mohamad Sabu yang menyakitkan perasaan banyak anggota tentera.

"Ramai bekas anggota tentera hadir malam tadi dan mereka kecewa dengan kedegilan Mat sabu dan keenggannya meminta maaf berhubung kenyataannya.

"Dia yang diiktiraf komunis dan memartabatkan komunis.

Apabila diminta mengulas mengenai beberapa penyokong PAS yang cedera itu, Alias berkata PERKASA hanya mahu menyerahkan memorandum tetapi dihalang.

"Kami hanya mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami telah dihalang oleh penyokong PAS. Ini menyebabkan keadaan panik dan kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.

5 ulasan :

  1. Dah malas nak komen. Nampaknya usaha kita semakin gagal kerana sikap pimpinan kita sendiri yg kuat sgt latahnya. Tindakan bw ke mahkamah Mat Sabu, akan memenatkan kita sebagai pendokong UMNO. So apa tindakan kita seterusnya. Rakyat semakin hari semakin meminggirkan transformasi. PM akan lakukan banyak perkara dalam satu masa sekadar mempopularkan diri untuk di kenang seandainya jodohnya tidak panjang.

    BalasPadam
  2. bodoh kedua dua pihak. tapi paling bodoh adalah perkasa.sory bukan nak hina tapi hormatlah majlis orang lain.

    mat sabu tu memang satu hal tapi kalau menceroboh majlis orang lain, itupun dah jadi satu hal juga.

    puak pas xnak terima memorandom, tu dia punya pasallah. tapi jangan sampai merempuh majlis orang lain.

    kalau puak pas serbu majlis orang UMNO atau perkasa, apa korang rasa?

    bertambah bodoh bila kedua belah pihak adalah orang melayu..orang melayu bergaduh sesama sendiri, yang bersorak kat tepi adalah orang kafir.

    hum eloklah tu.

    BalasPadam
  3. syabas,syabas,Perkasa lepas ni kita punggah mat sabu lak ye!

    BalasPadam
  4. lagi kes melayu Islam bergaduh dgn melayu Islam..memang bodoh.

    perkasa pun satu hal, yg menceroboh majlis orang apehal?

    mat sabu pun sama gak..dah org nak bagi memorandum, ambik je la. sama kes jugak dgn bersih2.0 tempoh hari kan? nak sgt serah memorandum kat agong. agong boleh pulak terima. mat sabu dan pas apesal takut nak terima?

    BalasPadam
  5. Seperkara lagi ialah peranan PERKASA sebagai NGO melayu adalah dilihat bertindakan ke atas isu-isu pilihan yang terutama melibatkan pembangkang. Isu melibatkan kerajaan walaupun begitu senstitif adalah lambat bertindak dan dalam sesetengah keadaan tiada tindakan langsung. Bersikap adil adalah mustahak sekali. Isu kehilangan 52 bilion aset melayu selama 50 tahun UMNO memerintah, tiada dibangkit dan didemokan di PWTC, Isu kampung melayu di Kampung Baru Kuala Lumpur pn tiada tindakan yang dratik, Isu royalti minyak di Kelantan dimana Presiden perkara merupakan anak Jati Kelantan, tiada tindakan atau demo dilakukan. tetapi isu yang belum jelas mengenai Mat Indera begitu 'bersemangat' menunjukkan melayunya PERKASA ini..

    Apa punya jenis NGO ini? NGO lain (milik bangsa lain) pasti akan ketawa dengan NGO melayu ini yang cakap tak serupa bikin dan kuman diseberang laut nampak tapi gajah didepan mata tidak dihirukan..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online