BREAKING NEWS

Mahfuz mengamuk marah Polis...


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar didesak agar tidak menampakkan sangat beliau berkhidmat untuk Barisan Nasional (BN) apabila begitu risau parti itu kalah pilihan raya, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Kenyataan dan pandangan Ismail secara terbuka bahawa kerajaan BN boleh kalah dalam pilihan raya umum jika tidak menangani isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan baik, dilihat tidak septutnya dikeluarkan seorang kakitangan kerajaan.

"Apa masalah kepada pasukan polis kalau BN kalah? Mengapa Ketua Polis Negara nampak risau sangat?

"Saya harap sangat tidak ada kaitan dengan apa yang disebut oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) bahawa sudah jadi parti perasuah," kata beliau.

Mahfuz mempersoalkan, mengapa Ketua Polis Negara sibuk sangat sama ada BN menang atau kalah?

"Kalau Ismail dah terlupa, rakyat perlu bangkit beramai-ramai untuk mengingatkannya bahawa tugas polis menjaga kepentingan negara dan rakyat, bukan menjadi suruhan BN dan menjadi pengawal keselamatan parti itu.

"Polis sepatutnya dilihat tidak memihak," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang menyifatkan Ketua Polis Negara itu memperlihatkan dirinya lebih Umno dari Umno.

Mahfuz juga mempersoalkan apa perlunya pihak polis mengadakan sesi memerah otak, diskusi dan juga forum sehingga berbulan-bulan lamanya sebelum ISA dan lain-lain undang-undang darurat dihapuskan.

"Adakah polis sudah mengambil alih tugas Jabatan Peguam Negara?

"Kerja polis bukan menggubal undang-undang, kerja polis menguatkuasakan undang-undang," katanya.

Sambil mengakui pihak polis boleh dipanggil untuk memberikan pandangan dalam penggubalan sesuatu undang-undang yang berkaitan dengan bidang kuasanya, Mahfuz berkata adalah pelik kalau Ketua Polis Negara pula yang nampak lebih sudu dari kuah.

Beliau juga berharap Ismail mengurangkan kenyataan-kenyataan yang boleh memudaratkan dirinya sendiri.

"Sekarang semakin ramai yang menuduh (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kelihatan lebih tidak cerdik dari (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi).

"Saya harap Ismail lebih berhati-hati agar beliau tidak popular dengan tuduhan tidak cerdik seperti Abdullah," katanya.


p/s: Gila punya Mahfuz... Polis tu adalah agensi kerajaan.. So takkan Polis nak sokong pembangkang pulak? Bodo punya orang !!!

3 ulasan :

  1. YE LAAAA.. ORG2 BN TAKDENYA KUTUK DAN MAKIHAMUN POLIS.

    BERBEZA DGN PUAK2 PEMBANGKANG, HINA POLIS DARI DULU SMP SKRG. BILA SUSAH, TAHU PULAK NAK CARI POLIS. CELAKA PUNYA PEMBANGKANG!

    BalasPadam
  2. MATI SI MAHPOS BEAN NI, KO BUAT REPORT POLIS SENDIRI...CARI POLIS SENDI!RI...BODOH PIANG BETUI ORG POKOK SENA SEKOR NI!..JADI BARUA JUBURI TULA JADINYA

    BalasPadam
  3. BERULANG KALI AKU DAH CAKAP YANG SIMAHFUZ NI MEMANG TOLOL DAN TAK BERAPA CERDIK......DALAM BERJUTA KENYATAAN BELIAU NAK CARI YANG ADA KELAS DAN CERDIK SIKIT TERAMAT SUSAH...SEMUANYA KENYATAAN BUDAK-BUDAK HINGUSAN.....YANG AKU HERAN PENGANUT AGAMA PAS TETAP MENGANGKAT MENUSIA SEUMPAMA LEMBU INI JADI PEMIMPIN.....PATUTLAH SEMAKIN HARI UMMAT PAS SEMAKIN TOLOL.....PEMIMPIN BEBAL DAN UMMAT NYA TOLOL......

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online