BREAKING NEWS

GEMPAR!!! Filem Hantu Bonceng HARAM ditonton.. -Ustaz Azhar Idrus..


Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh, beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini.

"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN" kata Zizan.

Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam.

Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.


Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya belajar pondok untuk berlakon filem.

Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal.., ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus.

2 ulasan :

  1. penerbitnya sudah dapat menarik nafas lega kerana karyanya sudah mendapat kutipan juta-juta. apa nak kisah lagi dgn kritik orang-orang yg memangpun suka mencari salah orang lain walau sedikit...biasalah tu...

    BalasPadam
  2. Ana bukan seorang ulama tetapi cukup sensitif tentang perkara yang berkaitan dengan agama suci kita. Sikit atau banyak bukan isu; isunya sikap dan tataminda kita orang Islam terhadap Islam. Kalau kita kata ni tak apa ia akan menjadi kes ikutan. Tak boleh kah part yang Zizan
    mengucap tu diedit? Akui salah/silap dan edit - baru NAMPAK oleh orang ramai,

    'WE MUSLIM MALAYS ARE SERIOUS ABOUT THE
    PURITY OF OUR ISLAM'.

    Tengok macam mana kita (terutama artiste) menjaga muka mereka - sikit aje coreng dah berasa tak kena. Ha! Gitu sepatut sikap, tataminda dan semangat kita terhadap perkara yang boleh menyelamat kita Dunia-Akhirat. Allahuwaklam.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online