BREAKING NEWS

Strategi Najib yang buat Anwar BERPUTIH MATA..


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan langkah kerajaan menghalang perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu sebagai keputusan tepat bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku.

Kata Najib, tiada sebarang jaminan bahawa semua peserta perhimpunan jalanan itu mempunyai niat untuk mengadakan perhimpunan secara aman.

Sehubungan itu, Najib memberitahu, apa yang telah diputuskan oleh kerajaan berhubung cadangan Bersih 2.0 untuk adakan perhimpunan adalah langkah untuk mengelak sebarang kejadian yang boleh membawa kepada rusuhan.

“Ada kemungkinan pihak-pihak tertentu yang lain yang ada tujuan-tujuan tak baik akan tumpang semangkuk untuk sertai kumpulan itu.

“Dan, bila ada sesuatu demo jalanan secara besar-besaran kemungkinan berlakunya rusuhan, pecah kedai, serang menyerang, tak boleh kita kata tak mungkin berlaku,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini.

Perdana Menteri juga melahirkan rasa kesal apabila tawaran kerajaan untuk perhimpunan itu diadakan di sebuah stadium di Shah Alam tidak diterima pihak penganjur walaupun tawaran itu tidak pernah ditarik balik.

“Kita ambil keputusan tersebut semata-mata untuk mengelak sebarang kejadian buruk berlaku,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana berjaya menjamin keadaan pada demonstrasi 9 Julai itu tidak melibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.


p/s: Tahniah Najib sebab berjaya mengekalkan keamanan negara...

2 ulasan :

  1. asraf kena tu akibat rusuhan...sampai pecah rahang...masuk hospital...mat sabu kena.langgar ..susah demo2..ni...

    BalasPadam
  2. dah bagi stadium, masih nak buat kat jalan raya. dari awal lagi memang kita boleh tahu bersih 2.0 berniat jahat.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online