BREAKING NEWS

Selamat Hari Merdeka buat Mat Sabu yang masih belum merdeka..


Sebut pasal merdeka, semua orang tahu apa maksudnya. Dan gua rasa, masih ramai yang tak lagi mempraktikan kemerdekaan sepenuhnya.. Contohnya, tengok je lah berapa kerat je yang sanggup kibarkan bendera di kereta memasing..

Kereta buruk gua ada tiga bendera termasuk bendera negeri.. So gua lagi berjiwa patriotik daripada korang yang tak kibarkan bendera tu walaupun korang pakai kereta baru.. Kereta gua dah masuk usia 25 tahun beb..

Dah 53 tahun kita rasa bebas dari segala cengkaman penjajah, tetapi sikap prasangka sesama kita masih lagi menebal dalam jiwa masing-masing. Semangat kenegerian, berpuak-puak, dan gila kuasa masih lagi jadi darah daging rakyat Malaysia.

Nama je hidup bermuafakat berbilang kaum, tapi mentaliti menghukum orang lain sangat tinggi dalam sanubari.. Langsung tak nak bersyukur dengan nikmat yang Allah swt bagi..

Nampak je pakai serban dan berjubah bukan main dihari raya.., tapi rupanya kufur terhadap nikmat kesejahteraan yang Tuhan berikan dalam negara..

Biarlah seribu kali kita sambut merdeka, tapi kalau jarang melihat sejarah tak guna juga. Sia-sia perjuangan orang dulu-dulu main kejar-kejar dengan penjajah.

Menangis darah kalau pahlawan Rentap, Tok Janggut, Sri Anthenom, Mat Salleh, Dol Said, Tok Gajah dan yang lain-lain bila melihat anak cucunya masih berbalah sesama sendiri di bumi merdeka.

Pengorbanan arwah Leftenan Adnan dan platunnya mesti sia-sia kalau ada melayu tolol yang still bengap declare komunis tu adalah pejuang sebenar negara merdeka.. Apalah tolol sangat melayu yang sekor tu hah?

Apapun sebelum terlambat.., gua nak ucapkan Selamat hari Merdeka kat semua mangkuk hayun yang masih lagi terjajah pemikirannya..

Walaupun dorang masih lagi dalam sindrom penafian.., gua tahu dorang sedar yang dorang takkan merdeka tanpa seluruh keringat anggota keselamatan kita yang berjuang lawan komunis dalam hutan dari tahun 1940 sehingga tahun 1989..

Nasihat gua pada dorang-dorang yang nak ubah sejarah ni.., cubalah hidup satu hati walaupun lain warna kulit, adat, agama dan bangsa.

Ikut suka koranglah kalau bangun pagi makan Quaker Oat dari roti canai mahupun nasi lemak. Takpun pakai tudung ekspress mahupun skirt ketat. Janji jangan sirami hati itu dengan perasaan dengki, kerana sikap dengki dan iri hati punca rosak perpaduan.

Bagi gua.., semua anggota keselamatan kita adalah pejuang sebenar kemerdekaan rakyat Malaysia dari dulu hinggalah sekarang.. Bukan setakat rakyat merdeka dari penjajah.., tapi merdeka dari rasa bimbang tentang ancaman jenayah..

So.., Selamat Hari Merdeka buat semua.. Merdeka ! Merdeka !! Merdeka !!!

2 ulasan :

  1. cibai punya mat sabun,,,bodoh nak mampuih...tokwan ang susah payah halau penjajah dia plak dok melingkop negara...aku rasa mat sabun ni talibarut komunis la

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online