Sejak daripada ceramah YB Mat Sabu tentang tentang isu Mat Indera dan peristiwa Bukit Kepong. Banyak anak cucu bekas-bekas polis dan tentera yang berkhidmat pada zaman British dahulu, terguris hati. YB Mat Sabu jika bijak tak perlulah mainkan isu ini.
Kerana keghairahan begini boleh melingkup perjuangan PAS yang semakin hari terasa tidak senang dengan pendirian beberapa orang pemimpin PAS sejak kebelakangan ini. Banyak isu lain yang lebih penting dari isu kominis.
Isu semasa seperti ekonomi, kelangsungan Melayu Islam, projek untuk kroni oleh UMNO, salahguna wang rakyat, cincin FLOM RM 24 juta dan banyak lagi isu yang boleh dijadikan modal untuk menarik orang melayu untuk menyokong perjuangan PAS. Semuga PAS menjadi lebih bijak dalam menarik sokongan orang Melayu untuk mengundi PAS dalam PRU13.
Bapa penulis adalah bekas polis zaman dahulu dan penulis rasa kurang selesa dan gembira dengan beberapa isu begini. Arwah dahulu pernah berhidmat sebelum Penaklukan Tentera Jepun ke atas Tanah Melayu dan pernah membunuh dua tentera Jepun semasa berkhidmat sebagai Polis.
Semasa darurat 1948 - 1968 dan serangan hendap oleh kominis keatas sebuah Bas Kulim-Baling yang membunuh semua anggota polis yang menaiki bas dari Junjung ke Kulim. Arwah seorang sahaja yang terselamat kerana terlepas bas.
Semua rakannya yang menaiki bas tersebut mati dibunuh oleh kominis termasuk drebar bas yang bernama Ariffin. Beliau pencen pada tahun 1954 sebelum merdeka. Beliau pernah dianugerahkan "Keluarga Bahagia" pada tahun 1991 oleh Perdana Menteri.
Jadi apa yang tersurat dan tersirat dalam lipatan sejarah, biarkanlah. Mungkin fakta itu benar. Islam adalah wadah perjuangan PAS. Oleh itu perjuangan untuk menegak Islam di bumi Malaysia itulah yang menjadi agenda utama bagi pemimpin PAS. Jangan kerana Isu ini ramai bekas-bekas tentera dan polis berubah angin dan meluat.
Jangan sekali membangkit dan mengagungkan tokoh kominis Malaya seperti Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD dan kezaliman Bintang Tiga yang banyak menitis darah orang melayu suatu ketika dahulu. Kerana ini akan membuat banyak anak cucu bekas polis dan tentera tidak menyokong perjuangan PAS yang ingin menjadikan Islam sebagai wadah perjuangan.
Hutang darah yang tertumpah di bumi Malaysia angkara kekejaman dan keganasan gerila komunis masih belum terbayar. Keluarga pasukan keselamatan yang terkorban ketika era Darurat hingga kini masih terasa kehilangan ayah, abang dan saudara mara yang tercinta.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya”
(Riwayat Tarmizi)
Perpatah Melayu ada menyebut "Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat"
Wasallam.
Catat Ulasan