BREAKING NEWS

PAS kata UMNO yang serbu Gereja.., bukannya JAIS..


Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali memaklumkan perjumpaan PAS dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dijadualkan berlangsung pada hari ini 15 Ogos, tidak dapat diadakan.

Menurutnya, dalam surat yang dihantar oleh pihak JAIS yang dihantar kepada PAS menyatakan ia adalah atas nasihat 'Tuanku Sultan Selangor'.

Beliau turut mendedahkan, maklumat dalaman JAIS menyatakan bahawa ada elemen dan peranan Umno dalam operasi JAIS, pada 3 Ogos terhadap majlis yang diadakan di kawasan gereja Methodist Petaling Jaya.

“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,” jelasnya.

Katanya, matlamat Umno bertindak demikian untuk memperorak-porandakan (destabilize) kerajaan negeri Selangor kerana kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor ini mempunyai pelbagai komponen dan isu-isu sensitif ini mudah.

“Ada usaha hendak timbulkan konflik dalaman Pakatan Rakyat. Ini (isu) penting bagi Umno. Walau pun tidak secara langsung, dia (Umno) guna Perkasa dan sebagainya,” ujarnya.

Sehubungan itu, Dato’ Mustafa berkata beliau sedia mendedahkan maklumat tersebut kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti.

“Kami akan dedah maklumat-maklumat ini kepada beliau (Pengarah Jais). Ini bergantung kepada Jais, jika esok dia hendak berjumpa kita dedah esok, hendak jumpa bila pun, insya Allah,” ujarnya.



p/s: Kalau betul ada bukti, dedah sajalahhh.. Dok main sembunyi-sembunyi ni pasal apa Mustapa oiii..?

6 ulasan :

  1. klu ye umno masuk campur pun apa salahnya,sb perkara tu mmg dh berlaku nk murtadkn org2 melayu,sepatutnya pas lebih pro aktif utk elakkn org2 dr murtad,jgnlah sampaikn perkara ni nk dipolitikkn,nampak sgt pas ni takut pada umno,klu mcmni mcmana nk ganti umno utk jaga kepentingan org islam,jgnlah disebabkn undi sampai mcmni,ingatlah ALLAH sentiasa memerhati siapa yg mempertahankn agamaNYA,sy ni hanya rakyat biasa,jgn pulak nk kata sy ni org umno,tp klu mengundi nti sy akn sokong umno,sebelum ni mmg sy sokong pas ingatkn pas boleh diharap menjaga islam.

    BalasPadam
  2. klu ye umno masuk campur pun apa salahnya,sb perkara tu mmg dh berlaku nk murtadkn org2 melayu,sepatutnya pas lebih pro aktif utk elakkn org2 dr murtad,jgnlah sampaikn perkara ni nk dipolitikkn,nampak sgt pas ni takut pada umno,klu mcmni mcmana nk ganti umno utk jaga kepentingan org islam,jgnlah disebabkn undi sampai mcmni,ingatlah ALLAH sentiasa memerhati siapa yg mempertahankn agamaNYA,sy ni hanya rakyat biasa,jgn pulak nk kata sy ni org umno,tp klu mengundi nti sy akn sokong umno,sebelum ni mmg sy sokong pas ingatkn pas boleh diharap menjaga islam.

    BalasPadam
  3. Apalah Mamat-Mamat PAS ni merepek?? Jika UMNO sekalipun yang memainkan peranan menyerbu Gereja apa salahnya. Sebelum ini PAS selalu keluar fatwa mengafirkan UMNO tapi puak yang PAS kapirkan le!! yang mendedahkan aktiviti memurtadkan umat Islam.
    Yang PAS melaung-laungkan memperjuangkan Islam selama ini apa ceritanya? Dahlah negara Islam menjadi negara kebajikan (NEGARA KEBANJINGAN).
    Pemimpin-Pemimpin PAS yang menjaga kepentingan politik dari Islam ingin sangat ke bila kamu mati nanti akan di TALKIN kan oleh Paderi Kristian??

    BalasPadam
  4. Kalau umno yg jadi dalang, saya sokong sangat2.

    Sebagai pemimpin muslim, mmg dah jadi tanggungjawab umno untuk mempertahankan aqidah umat2 islam kat m'sia ni. Begitu juga umno bertanggungjawab mengeluarkan fatwa2 yg mengikut nas2 al-qur'an dan sunnah2 rasulullah (saw).

    jadi operasi hari tu dari segi agama islam tak ade salahnya langsung. pade saye tuding menuding oleh ahli2 ulamak pas x menampakkan kebaikan diri mereke lansung. lebih menonjolkan yg sebenarnya mereke jahil dan daif pemikiran.

    idak ke keje2 menyelamatkan aqidah seseorg muslim tu mulia? kalau mulia, betullah dan mulialah tindakan pegawai2 hari tu... Alhamdulillah.

    BalasPadam
  5. Memang tu kerja UMNO sebagaimana UMNO telah menkonspirasikan tuduhan liwat dgn meletakkan air mani Anwar yg tidak berdosa itu ke dalam jubor si Saiful!Dahsyat tau UMNO ni..!! UMNO jugak bertanggungjawab terhadap kemusnahan teruk yg di alami Jepun baru2 ini dan masaalah hutang yg di alami Amerika sekarang! Tu semua kerja UMNO..

    BalasPadam
  6. jika memang betul umno yg bertindak seperti itu, aku makin respect lah kat umno..ini membuktikan umno memang serius nak cegah murtad. pas dan pkr pulak buat apa? nak salahkan org?
    camni ke nak pimpin negara?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online