BREAKING NEWS

TERKINI !!! Kenyataan Mufti Negeri P.Pinang..



Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad hari ini berkata larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Katanya tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

"Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

"Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ia tidak memerlukan perkenan Seri Paduka.

"Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

"Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan Al Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita," katanya.

Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu.


http://mufti.penang.gov.my/gambar/kenyataan%20mufti.pdf

7 ulasan :

  1. Kalau tak salah aku, peraturan ini telah pun dilaksanakan di seluruh negeri johor, tidak lama dulu, tanpa sebarang publisiti, mungkin untuk menjaga kesalahfahaman umat Islam.

    Masalah yang berlaku di PP adalah kerana dirasakan adanya unsur bantahan oleh pihak bukan Islam.

    Jadi apabila peraturan ini dilaksanakan seolah olah itu adalah atas desakan bukan Islam...

    ulamak harus tampil menghuraikan kemelut ini.

    BalasPadam
  2. Maaf Tuan Hj.
    Apa yg Tuan nHj tak nampak disini ialah politik licik DAP. Hari ini PPinang mengharamkan pengunaan PA untuk mengaji sebelum solat Subuh. Esok lusa mereka akan melakukannya pula diSelangor. Dan selepas itu, MCA dan MIC pula akan menyokong kerana orang Islam sendiri menyokongnya. Hingga semua kafir harbi menyokong perkara ini.
    Dan tak hairan jika satu hari nanti, laungan azan tidak akan lagi kedengaran lagi saperti mana diSingapre. DAP tidak terburu2 melakukan sesuatu. Satu perkara satu masa,tapi berhasil

    BalasPadam
  3. apa pulak kalau cina mati,sampai seminggu dia buat sembahyang dengan bunyi dong dong chei,dengan gendang yg kuat kenapa org islam tak bising itu tak menggangu ke.tak ada ke fatwa dan nasnya.ikut je le arah ketua menteri tu,nanti kena pecat pulak.demi kerana politik agama digadaikan.

    BalasPadam
  4. anon 8:33, Dari Pulau Pinang macam mana pula boleh sampai ke Johor? Kami masjid di Johor masih lagi mengamalkan Tarhim Subuh dan Azan. Kebanyakkan masjid negeri masih melaungkan bacaan Quran sebelum asar dan magrib. Bukan mengunakan kasset tetapi live.

    Dari PP pergi ke Pelis kini ke Johor pula. Hee....he...

    Malahan masyarakat bukan Islam menghargai tarhim kami. Senang nak kejut anak untuk pergi ke sekolah kata mereka.

    BalasPadam
  5. Makbula permintaan Dap secara beransur2, semuga permintaan untuk ubah pelembagaan negeri dan negara turut terlaksana. Perbincangan tak perlu lagi beberapa klausa telah diambil kira bahawa seseorang Perdana Menteri Malaysia adalah dari majoriti parti yang berkuasa selepas piliharaya. Apalah halnya sangat dengan faktwa mengenai laungan azan dan bacaan al Quran jika dibandingkan dengan tarian singa tanpa mengira waktu maghrib bersimpang siur melenyapkan bunyi azan, itu sedikit demi sedikit puak2 kafir telah mengatasi kebodohan ulamak politik terutamanya pembangkang yang terhidu bau kentut...

    BalasPadam
  6. Apa perlu dan harus sangat ke sampai kuar arahan macamtu?
    jabatan agama cuma larang baca kuat2 kan!

    mengapa dalam soal konsert puak2 cina,Jabatan agama atau kerajaan negeri tak kenakan apa2 larangan "jangan pasang kuat2"?
    kekuatan speaker@sound yang depa guna tu mampu didengar sampai 3km sampai 3pagi punya pasang,camna pla tu?

    tak guna nak mempertahan benda yang tak betul,,aku tak setuju sebab larangan tu hanya untuk bacaan waktu subuh dan tak meliputi pihak2 lain seperti wayang cina,ceramah politik dan acara keagamaan depa..

    itu belum ditambah dengan bunyi bakar mercun bila perayaan depa. apa itu tak bising ka?
    depa bakar mercun walau mercun diharamkan,tapi ada sapa2 ambil tindakkan ka?
    cuma atas dasar tolak ansur kita tak larang budaya mereka bakar mercun atau bakar rumah pun... cuma jangan kacau la tentang perihal agama kita ..

    kalau larangan ni untuk sebelah pihak ja tak adil la namanya tuu

    BalasPadam
  7. a'kum , saya tak faham sangat pasal hukum hakam nie maka ini pandang saya , tapi yang pelik nya bila ORANG BUKAN ISLAM buat fatwa ulamak2 kita setuju dan mencari semua hadis dan nas berkaitan dan kilafiah , tapi berulang kali Nabi s.a.w kata orang islam mesti bersatu tidak pulak ulamak2 segera cari penyelesian buat umat islam ini ; kes buang anak , kes murtad , kes orang islam kan bersaudara macam hadis , SETAHU SAYA AL QURAN DAN HADIS MESTI DI AMALKAN SERENTAK BUKAN MEMILIH UTK PUASKAN HATI ORANG KITA CARI REDA ALLAH , JANGAN LEMAH SANGAT ULAMAK2 SEKARANG NIE TEGAK YANG BENAR WALAUPON PAHIT

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online