BREAKING NEWS

Mustafa Ali nak masuk UMNO?


p/s: Apalah yang si mangkee PAS sekor ni meroyan sangat pasal kononnya ada gerakan untuk gulingkan Najib dalam UMNO? Nak divert isu pasal Nik Aziz kantoi ke?

Mustafa..., Mustafa... Lu memang tak ada talent untuk jadi pelawak lah beb.. Lu hanya layak jadi pencacai didalam kain jubah Hadi Awang dan juga Nik Aziz je..

Lu betulkan dulu parti lu yang dah nak karam tu Mustafa oiii... Tak payah nak reka cerita untuk selamatkan airmuka Tok Guru lu yang dah kantoi big time tu...

Usaha gulingkan Najib kononnn... Ke Nik Aziz dan Hadi Awang yang nak terguling lepas PRU nanti? Hahahaha...




Parti Islam Se-Malaysia hari ini mendakwa Umno-Barisan sengaja membangkitkan isu Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan tempat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai usaha menutup isu dalaman parti berkenaan.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, wujud satu gerakan yang serius dalam Umno untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya lagi, gerakan tersebut mahu menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno itu dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".

"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib berundur daripada (jawatan) perdana menteri.

"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan raya umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Oleh itu katanya, laporan yang mengaitkan pemimpin PAS mengadakan satu pakatan sulit untuk mengangkat Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li sebagai Ketua Pembangkang, adalah tidak benar.

Ia hanyalah usaha untuk mengalihkan perhatian daripada gerakan dalam Umno, kata Mustafa.

Bagaimanapun, Mustafa enggan mendedahkan identiti gerakan tersebut walaupun dipujuk pemberita berkali-kali tetapi mengesahkan wujud 'gerakan' tersebut dan ianya "agak kuat".

"Ia bukan perang psikologi, tapi ia memang betul... Tunggu satu atau dua minggu lagi akan lebih nyata (kedudukannya)," katanya.

Beliau yang diuja persoalan, daripada mana gerakan itu berkata, ianya berada di dalam Umno sendiri..

"Pada waktu ini saya tak mahu sebut lagi," katanya sambil menambah bilangan pemimpin Umno yang terlibat itu "agak ramai".

Ditanya mengenai laporan sebuah portal berita yang mendakwa Penawar - sekumpulan bekas ahli parlimen Umno yang diketuai bekas menteri kabinet Tan Sri Aziz Shamsuddin - mengetuai gerakan tersebut, Mustafa berkata:

"Saya tidak tahu, saya tidak boleh mengesahkannya. Boleh jadi sama. Saya tidak mahu mengesahkannnya,"katanya lagi.

Malah menurut Mustafa, Najib yang juga presiden Umno menyedari kewujudan gerakan tersebut.

1 ulasan :

  1. SETAHU AKU ZAHRIN YG DEDAHKAN . YB ZAHRIN BEBAS DN BEKAS PKR. APA KENA MENGENA DGN UMNO PULAK. UDAH2LAH WAT FITNAH DAN BERBOHONG.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online