BREAKING NEWS

Masuk ke Gereja untuk hadiri perkahwinan.. Boleh ke tak?


Semalam bila gua buat artikel pasal kebimbangan umat Islam masuk ke Gereja yang ada kaitan dengan sorang artis tu, gua terfikir satu perkara.., rupanya banyak umat Islam selama ni hadir ke Gereja atas alasan jemputan kenduri kahwin puak kristian..

Jadi.., gua pun kaji balik pasal ni dan tengok hal ni melalui sudut yang digariskan dalam Islam.. Panjang sikit artikel ni.., so gua harap kita berlapang dada sewaktu membacanya.. Jom kita renungkan bersama..

Pertama sekali adalah Hukum Masuk Ke Gereja..

- Hukum dasar seorang muslim masuk ke gereja adalah mubah atau boleh. Namun bila di dalamnya sedang diadakan upacara keagamaan, maka kita diharamkan hadir di dalamnya. Meski pun ada juga pihak yang tidak mengharamkannya..

Namun para fuqoha berbeza pendapat tentang hukum seorang muslim memasuki gereja ni...

1. Yang Memakruhkan.

Ulama di kalangan mazhab Al-Hanafiyah menyatakan bahawa makruh hukumnya seorang muslim memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir.

Sebab tempat tersebut merupakan tempat berkumpulnya syaitan bukan kerana seorang muslim tidak mempunyai hak untuk memasukinya.

2. Yang Membolehkan.

Para ulama di kalangan mazhab Malikiyah dan Hanabilah serta sebagian ulama Syafi'iyah berpendapat bahawa seorang muslim diperbolehkan memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir lainnya.

Tapi sebahagian yang lainnya mensyaratkan harus ada izin dari mereka yang menggunakan tempat tersebut.

Keterangan seperti ini boleh kita baca pada kitab Kasyful Qana' jilid 1 halaman 294 serta kitab Hasyiyatul Jamal jilid 3 halaman 572.

Oleh karena itu hukum memasuki gereja seperti halnya untuk menghadiri perkawinan atau bertugas melakukan pekerjaan tertentu, bukanlah sesuatu yang diharamkan.

Asalkan selama orang muslim tersebut tidak melaksanakan hal-hal yang bertentangan dengan aturan-aturan agama. Walaupun demikian, sebaiknya dia tidak melakukannya (masuk ke gereja) kecuali jika perlu dan mendesak.

3. Yang Mutlak Diharamkan.

Hukum memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka adalah haram. Sahabat Rasulullah SAW Umar bin Al-Khattab ra berkata:

"Janganlah kalian memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka, kerana kemarahan Allah akan turun kepada mereka."

Jadi, semua ni menunjukkan bahawa Islam tu adalah agama yang adil.. Allah Ta’ala telah berfirman di dalam ayat 8 dan 9 , Surah al-Mumtahanah yang bermaksud:

"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil"

"Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu itu sebagai kawanmu . Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim".

Disamping itu, kita juga perlu ingat.. Saidina Umar al-Khattab al-Faruq r.a pernah berkata

"Sesungguhnya kami tidak masuk ke dalam gereja-gereja kamu wahai orang-orang Kristian disebabkan di dalamnya ada patung-patung yang bergambar". (Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari di dalam Kitab as-Solah)

Jadi pada dasarnya dibolehkan bagi seorang muslim menghadiri pernikahan seorang kafir dengan syarat adanya kemaslahatan syar’i.., tidak ada acara-acara keagamaannya didalamnya.., bersih dari simbol-simbol atau gambar-gambar yang menjadi ciri khas agamanya.

Sedangkan jika pernikahannya dilangsungkan di gereja.., maka dilarang bagi seorang muslim menghadirinya sebab selain ada kemungkinan tidak bersihnya tempat tersebut dari simbol-simbol dan gambar-gambar yang menjadi ciri khas agamanya juga untuk menghindari terjadinya fitnah, seperti terpengaruh dengan acara-acaranya, atau oleh suasananya atau juga perkara yang lainnya.

Sekarang ni mungkin timbul persoalan di benak kita apabila kita menghayati firman Allah, sabda-sabda Baginda Rasulullah s.a.w dan kata-kata para sahabatnya r.a..

"Kalau macam tu, bagaimanakah kita hendak menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan di gereja , tokong , kuil , walhal sudah pasti di sana diadakan upacara-upacara yang bertentangan dengan Islam seperti menyembah patung-patung , mengelilingi api , nyanyian-nyanyian keagamaan mereka , adat persandingan , dihidangkan arak dan sebagainya ?"

"Dan bagaimanakah pula kita hendak meneruskan hubungan baik kita dengan rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam ?"

Jadi kat sini ada beberapa cara yang Insya-Allah boleh menyelesaikan kemelut tu..

1- Biasanya, majlis-majlis perkahwinan yang diadakan di dalam rumah-rumah ibadat orang-orang bukan Islam itu tidaklah terhenti di situ sahaja . Malahan mereka mengadakan majlis makan-minum serta kenduri di rumah-rumah dorang.

Samalah dengan kita selaku orang-orang Islam, kebanyakan kita hanya menjadikan masjid sebagai tempat melakukan upacara Akad Nikah sahaja, tetapi kenduri dibuat di rumah-rumah kita, ataupun di balairaya dan bagi yang kaya raya tu.., dibuat di hotel-hotel.

Oleh itu, kalau kita benar-benar bimbang kita terbabit dengan majlis-majlis yang yang bertentangan dengan Islam, maka kita TANGGUHKANLAH kehadiran kita ke majlis akad nikah kawan-kawan kafir kita tu..

Tidak perlulah kita ke gereja ataupun tokong ataupun kuil mereka. Kita cuma perlu hadir ke rumah-rumah dorang sahaja yang di situlah dorang mengadakan majlis kenduri..

2- Kalau kita bimbang juga kita dikira "bersyubahat" kerana di dalam majlis-majlis kenduri kawan kafir kita sudah pasti dihidangkan juga makanan dan minuman yang diharamkan kita menikmatinya, maka kita TANGGUHKANLAH kehadiran kita sehingga selesai majlis itu.

Apabila selesai majlis itu, kita pun melawat rakan kita itu dan memohon maaf di atas kelewatan kita lalu kita pun menikmati makanan dan minuman yang halal yang masih ada (kalau tiada pun tidak mengapa, sebab yang lebih penting ialah menjaga hubungan kita dengan dia)

Dan akhirnya kita pun memberinya hadiah sempena perkahwinannya itu. Bukankah cara kedua ini juga tidak menjadi apa-apa masalah bagi kita dan sekaligus masih boleh menjaga hubungan baik kita dengan dia ? .

3- Kalau cara kedua "tak jalan".., maka TANGGUHKANLAH lagi kehadiran kita ke suatu masa yang sesuai. Hubungilah kawan kita itu di hari itu dan katakanlah padanya bahawa kita tidak dapat hadir langsung ke majlis perkahwinannya ataupun rumahnya di hari itu .

Katakanlah juga padanya , bahawa kita akan menziarahinya 2-3 hari lepas itu dengan membawa hadiah perkahwinannya yang lebih cantik dan lebih baik sebagai GANTI ketidak-hadiran kita ke majlis perkahwinannya.

Bukankah cara yang ketiga ini juga tidak berat untuk kita lakukan?

Dan bukankah cara tu juga boleh menyebabkan hubungan kita dengan dia yang tidak beragama Islam itu berterusan dengan baik, sekaligus menyediakan peluang untuk kita berdakwah kepadanya ?

Umat Islam hendaklah sentiasa "cerdik ", "berhati-hati" dan juga "sentiasa berdakwah" dengan segala kebolehan yang ada !!!

Terima kasih sekali lagi kerana berlapang dada sewaktu baca artikel ni.. Semoga ada manfaatnya bersama..

6 ulasan :

  1. nice info..inilah pentingnya pelajaran agama..

    Entri Terhangat!! :
    Preview - Libas
    7 Icons - Playboy

    BalasPadam
  2. bravo saudara mpp.
    aku sgt suka artikel ini..smg jadi pengajaran yg baik utk kita semua.
    harap2 saudari wardina baca artikel ini supaya jgn nampak terlalu rendah IQnya..

    BalasPadam
  3. Copy paste dr blog lain artikel ni...lucu plak aku bc ayat majlis akad nikah kwn2 kafir,mn lah org kafir akad nikah...hadoi x berapa kena ayat...

    BalasPadam
  4. Macamlah tak ada perkataan yang lain yg lebih sopan selain panggilan "kafir" utk org2 Kristian....saya lebih senang dgn perkataan "bukan Islam" drpd perkataan "kafir", seolah-olah perkataan itu digunakan utk menghina org2 Kristian, atau yg lebih teruk, cuba lemahkan kekuatan agama Kristian dlm senyap lepas tu baru hancurkan kesucian agama Kristian utk selama-lamanya.

    Korang ni teruk betul. Kami (org Kristian) tdk pernah guna perkataan tu terhadap org2 Islam malah kami lagi hormat mereka tapi sebaliknya ini yang berlaku, dipanggil "org kafir" macamlah agama Islam lagi tinggi darjatnya drpd agama2 lain. Huh, menyombongkan dirilah tu.

    BalasPadam
  5. Semua agama ada akad nikahla wei.xkan main terkam ja.kalau kristian kan ada paderu dorg bca2 psl kawen and then change vow.tu akad nikah dorgla.kalo hindu yg keliling api 7 kali tu.hadoi....

    BalasPadam
  6. Tang pekataan kafir tu aku setuju.mmgla pd dasarnya yg xislam ni kafir tp sapa kita nk pgl org kafir.islam sgtkh kita ni.silap2 kita yg kafir.ckp je bkn islam

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online