BREAKING NEWS

HOT!! Nasrudin Tantawi akan buat "tunjuk perasaan" di Dataran Tahrir..


Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi bersama peguam berlepas ke Mesir bagi menyiasat sendiri kejadian beberapa pelajar Malaysia di buang universiti di sana ekoran menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 9 Julai lalu di sana.

Nasruddin ditemani peguam Mohd Zamri yang juga merupakan Ketua Jabatan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Pusat untuk mengkaji sendiri kes itu.

Sebelum ini, dilaporkan dua penuntut Malaysia dipecat dari universiti Al Azhar kononnya kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0 di Kaherah pada 9 Julai lalu.

Bagi Nasrudin, Umno menjadikan seluruh agensi-agensi kerajaan yang dibayar gajinya oleh rakyat sebagai 'trooper' Umno dalam merealisasikan amalan demokrasi sempit mereka.

Nasruddin berkata, antara buktinya adalah apabila Umno menggunakan kedutaan dan jabatan penuntut Malaysia di Mesir untuk menyekat serta menghalang kebangkitan pelajar di sana.

Mereka dikenakan tindakan seperti dilucutkan dari pembelajaran serta disenarahitamkan dari segala urusan berkaitan dengan kedutaan hanya kerana menyertai sesuatu aktiviti yang tidak disenangi Umno.

Antara tidakan yang dikenakan adalah dipecat dari universiti, dibuang asrama, disenaraihitamkan oleh kedutaan. Kesalahan mereka hanya kerana menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 di seluruh penempatan rakyat Malaysia di Mesir 9 Julai lalu.

Mereka yang dikenakan tindakan ini tiada hitam putih dan hanya mendapat arahan mulut sahaja pihak universiti.

Sehubungan dengan itu, pihak Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak Kerajaan Malaysia menyelesaikan isu ini sebelum rakyat bangkit khususnya penuntut-penuntut agama dan agamawan di seluruh tanah air.

"Pemuda PAS akan menggerakkan seluruh ulama-ulama, muda dan tua, serta penuntut ilmu di seluruh tanah air untuk mendesak kerajaan sekiranya mereka masih berdegil untuk tidak menyelesaikan isu ini.



p/s: Alang-alang dah sampai ke Mesir tu.., gua sarankan Ketua Pemuda PAS tu buat demonstrasi sekali di Dataran Tahrir bagi membantah pembuangan pelajar Malaysia yang ikut BERSIH..

Biar satu dunia tau yang Pemuda PAS berani tampil kedepan untuk membela nasib pelajar-pelajar yang "dizalimi" oleh kerajaan..


7 ulasan :

  1. Jangan lupe juga buat demonstrasi mengutuk Zionis kerana menyerang Gaza, baru la nmpk PAS ni pembela Islam dan bangsa Palestin. Ni nmpk haprak je parti hamPAS... cakap je pandai, ape pun tak boleh di harap.

    BalasPadam
  2. sauadara tantawi lihatlah berapa juta wang telah dihabiskan untuk melahirkan insan yan gberpendidikan. tetapi apa yan gmereka lakukan. kalau boleh minta saudara tanggung sendiri biasiswa untuk pelajar tersebut dari wang parti pas. bersyukur kita atas apa yang nikmat allah berikan.

    BalasPadam
  3. Hah bilo ekau dah sampai sano, ekau cakap kek budak2 pelajar kito tu, lain kali kalau nak demo, poie belaja pakai duit omak bapak sendiri. Kalau tak pon suroh parti politik yang dio pujo tu sponsor poie belaja. Itu baghu la boto kalau puak puak Pas ni nak poie bela!!! Lain la kalau dio oghang sajo buek alasan nak poie makan angin! Cehhh....buek monyirap yo darah pak cik!!!

    BalasPadam
  4. Kepada Saudara Ketua Pemuda PAS,`JANGANLAH JADI MANUSIA YANG KUFUR NIKMAT`

    BalasPadam
  5. Pergi holiday je tu....

    BalasPadam
  6. "Pemuda PAS akan menggerakkan seluruh ulama-ulama, muda dan tua, serta penuntut ilmu di seluruh tanah air untuk mendesak kerajaan sekiranya mereka masih berdegil untuk tidak menyelesaikan isu ini"

    Hello, kamu sape? Kamu sorang je bolih buat, ingat kami tonggol kat sini? Ingat kami tak bolih menggerakkan org ke? Nak ugut konon, bodoh janggut ciput.

    BalasPadam
  7. Kenapa perkara ini di besar2 kan...??? Apa tindakan hamPAS tentang perkara yang berlaku di Selangor?? Selangor kan di perentah oleh PR...termasuk hamPAS. Dan bagaimana pula di Kelantan....tak kan boleh buat dek aje???

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online