Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Desakan dari Mashitah buat semua pihak..
Comments : 4
Gua setuju banget dengan apa yang Ustazah Mashitah ni cakap.. Sepatutnya semua pihak yang berkaitan berusaha membantu setiap umat Islam yang kesusahan..
Kita ada Pusat Zakat.., kita ada Baitulmal.., tapi kenapa kita tak gunakan sepenuhnya semua tu untuk mencegah kemiskinan dikalangan umat Islam di Malaysia ni?
So, kenapa kita nak biarkan umat islam merempat dan kesusahan? Tambah-tambah kalau pemerintah tu adalah terdiri dari orang Islam..
Kewajipan utama pemimpin adalah untuk menjamin semua kemudahan cukup buat rakyat.. Kalau 20 tahun lebih pegang negeri tapi bekalan air bersih pun still tak settle, itu dah langgar amanah beb..
Kita kena ingat.., Islam jelas menolak sesetengah golongan yang menyanjung kemiskinan dan menganggap kekayaan sebagai dosa.
Macam tu jugak lah puak-puak yang suruh rakyat anggap kemiskinan sebagai qada dan qadar yang tiada jalan untuk mengelaknya.
Ni semua adalah pandangan ekstrem yang terpesong daripada jalan yang lurus sepertimana yang dituntut oleh ajaran Islam yang sebenar.
Hadis Rasulullah dari hadis Hajjaj bin Farafisah dari Yazid al-Ruqashy dari Anas bin Malik r.a. yang bermaksud:
“Maka sesungguhnya kefakiran itu hampir-hampir mengundang kekufuran”.
PUTRAJAYA – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim hari ini menyarankan semua pihak berkaitan mengadakan gerakan besar-besaran bagi menjejaki orang Islam yang perlukan bantuan.
Beliau berkata langkah itu amat perlu bagi mengelak orang Islam mendapatkan bantuan daripada pihak yang tidak sepatutnya.
Kejadian di sebuah gereja di Selangor serta laporan mengenai ada orang Islam mendapatkan bantuan daripada pihak gereja harus membuka mata semua pihak untuk mengambil tindakan sewajarnya, kata Mashitah kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya juga mengesan ada laman web khas menerusi Facebook untuk mereka yang mahu mendapatkan bantuan daripada gereja.
“Ia seolah-olah ada networking sendiri dan menyebarkan maklumat dengan lebih jauh tentang bantuan yang dihulurkan,” katanya yang ditemui selepas penyerahan e-Halal kepada majlis agama Islam negeri dan jabatan agama Islam negeri.
Katanya orang Islam yang pernah menerima bantuan daripada gereja pula harus dibimbing serta diberitahu mengenai saluran yang boleh mereka gunakan untuk memohon bantuan.
Mengenai dakwaan sesetengahnya bahawa mereka sukar mendapat bantuan daripada agensi sertai badan bukan kerajaan (NGO) Islam, Mashitah berkata dakwaan itu kurang tepat kerana terdapat pelbagai saluran yang boleh digunakan.
“… kebetulan (mereka) didatangi oleh orang-orang ini dan tidak didatangi orang-orang yang sepatutnya. Jadi itu menyebabkan mereka tidak mencari di tempat lain walhal sepatutnya dia faham kerajaan banyak saluran untuk bantu orang Islam,” katanya.
Mengenai sama ada akta untuk mencegah murtad perlu diwujudkan di negara ini, Mashitah berkata perkara itu boleh dipertimbangkan. – BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Aku hairan knp banyak bantuan untuk negara2 lain, sedangkan rakyat umat islam negara ini byk yang hidup melarat. Knp tak bantu dulu umat islam tempatan dulu. Jgn dok bangga kerajaan dah bantu kalau setakat RM150 - rm300 sebulan.
BalasPadamtak dinafikan tentang pilih kasih dlm pemberian wang zakat utk org2 miskin TETAPI perlu diingat jgn kerana duit kita nak gadaikan agama..IMAN diajar sejak kita kecil...org x beriman saja sanggup jual agama. INGAT TENTANG FITNAH DAJJAL...salah 1 cirinya adalah tentang pesong akidah/murtad.
BalasPadamTapi itula hakikatnya. Maaf cakap la, kalau Pusat Zakat, Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam. Yang pegang jawatan utk permohonan minta duit ni semuanya tua2 ganyut atau muda lela yang berlagak mcm dialah masyuk syurga. Bila org mintak peruntukan utk bantuan, susahnya mcm nak dapat pinjaman juta2. Lps tu lambat, lembik dan lembab. Itula masalah dgn org2 agama yg sampai kiamat pun mcm tu la jugakkkkk. sebab tu bila puak Kristian offer, mereka dgn mudah berpaling tadah. BUkan silap mereka sebenarnya. Betulkan dulu akidah Islam sebelum salahkan mereka. BUkannya utk saya pertahankan mereka, tapi ostad2 ni ramai yg tak phm sengsara yg dialami rakyat.
BalasPadamBatuan zakat dan baitulmal hanya lah bantuan bagi meringankan beban..bukan duit tu buat penerimanya senang dan tak perlu berusaha..
BalasPadam