PERBEZAAN kurma tiruan (kiri) dan kurma asli yang kelihatan segar. |
Permintaan tinggi buah kurma semasa bulan Ramadan menyaksikan ada segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menjual buah kurma yang dicampur dengan bahan pemanis.
Kebiasaannya, cara ini diamalkan oleh peniaga yang menjual buah kurma secara pukal atau timbang dengan harga yang lebih rendah.
Difahamkan, peniaga atau pemborong ini mengimport buah kurma yang berkualiti rendah secara pukal sebelum diproses bagi membolehkan buah kurma ini dijual semula.
Buah-buah kurma ini digaul dengan gula merah dan disimpan beberapa lama untuk sebati sebelum dicampur semula dengan buah kurma kualiti sederhana.
“Hasilnya, buah kurma kualiti rendah ini akan terasa manis seperti kurma sebenar (buah kurma yang berkualiti baik) tapi sebenarnya ia telah dicampur gula merah.
“Buah kurma jenis ini dijual secara timbang dan banyak dijual di kedai-kedai runcit atau gerai kaki lima sepanjang Ramadan,” ujar sumber yang memberitahu pernah mempraktikkan kaedah tersebut. -Kosmo
p/s: Ni lah bukti bahawa musuh sebenar manusia ialah manusia tu sendiri..
Walaupun kita tahu yang setan dah diikat agar tak ganggu manusia menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.., still ada "setan" didalam diri manusia yang susah untuk "di ikat"..
So.., berhati-hati lah kita supaya jangan sampai terpedaya dengan "setan" jenis ni ye...
dah tak ingat halal haram, camnila jadinya.
BalasPadamdi bulan yg berkat ni sepatutnya kita nak cari keampunan dan keberkatan..tp hanya ingat untung dunia..tak ke mana..
jadi peringatan utk yg cari buah kurma utk berbuka @ apa2 saja, carilah buah kurma yg dlm kotak siap ada tangkai. bukan mahal manapun, dlm rm12.00 sekotak. boleh makan lebih 10 hari. dpd kena tipu beli kurma murah, baik beli yg dlm kotak & bertangkai. yg ada tangkai bukan bermakna 100% tak tipu, tp kebarangkalian utk kena tipu tu rendah, sbb nk gaul dgn gula merah tu nnt tangkainya tanggal. apapun, ikut masing2 punya pilihan. duit korang punyakan!!!
BalasPadamsatu lg nak kongsi, kurma yg dicampur dgn gula merah tu kadang2 nampak gula merahnya melekat agak keras pd kulit kurma tersebut. bila kita lenyek dgn jari, ada rasa berpasir. itulah gula merah. so, jangan beli kurma tersebut, suruh org yg jual tu telan sampai habis!!!
BalasPadam