BREAKING NEWS

Najib menjatuhkan MARUAH Nik Aziz dan PAS di Kelantan.



Najib betul-betul dah malukan Nik Aziz.. Najib juga dah betul-betul jatuhkan maruah seluruh kepimpinan PAS di Kelantan..

Selama ni Nik Aziz hanya tau bagi derma untuk pembinaan Tokong siam.. Selama ni pemimpin-pemimpin PAS Kelantan hanya tau kutip derma di masjid-masjid negeri tu..

Tapi sekali Najib turun Kelantan.., PM terus dermakan RM500'000 bantuan kepada masjid di Pasir Puteh..

Wahhh..., ni sudah lebih beb.. Mau meroyan Nik Aziz bila dia balik nanti kalau dia tau Najib tak ikut tradisi yang PAS amalkan selama 21 tahun di negeri tu..

Kalau ikut piagam PAS.., mana boleh pemimpin bagi derma kat masjid.. Rakyat lah yang harus bagi derma pada pemimpin pasal untuk jamin kesejahteraan dorang...

Habis lah Najib bila Nik Aziz balik dari Uzbek nanti.. Kena doa pecah perut lagi lah PM kita tu nampaknya... Hahahahaha....




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meluluskan segera peruntukan sebanyak RM500,000 untuk menaik taraf masjid Pulai Lima di Pasir Puteh bagi menampung kesesakan yang dialami anggota jemaah masjid mukim berkenaan.

Kelulusan itu diumumkan selepas beliau dan anggota rombongan selesai menunaikan solat Zohor di masjid itu dalam rangka lawatan kerja sehari di Kelantan.

Pengumuman itu dibuat setelah imam muda masjid berkenaan, Arifin Mohamad merayu kepada Perdana Menteri supaya Kerajaan Persekutuan meluluskan permohonan itu.

"InsyaAllah kita luluskan permohonan ini," kata Najib selepas menerima permohonan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Pulai Lima Abdullah Hasaan.

Terdahulu, dalam rayuan Arifin memaklumkan kepada Perdana Menteri peruntukan itu untuk membolehkan pihaknya menggantikan atap yang lusuh di samping membina bangunan tambahan bagi menampung jumlah anggota jemaah yang semakin bertambah terutama pada hari Jumaat dan hari raya.

Beliau berkata pada masa ini masjid berkenaan dapat menampung 360 anggota jemaah tetapi telah bertambah kepada 400 orang menyebabkan ada yang menunaikan solat di beranda masjid.

"Syukur permohonan kami mendapat perhatian Perdana Menteri dan kami tidak menyangka mendapat kelulusan segera," katanya ketika ditemui pemberita selepas pengumuman Perdana Menteri mengenai peruntukan itu.

Najib kemudian bertolak ke Machang untuk merasmikan majlis Program Jiwa Murni disusuli majlis Perjumpaan Bersama Rakyat dan penyokong pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors, di Sekolah Kebangsaan Machang 1, Machang. - Bernama

5 ulasan :

  1. Bangga dengan PM kita ni...terus kerja kuat tanpa mengira masa dan tempat yg boleh tolong akan ditolong termasuk beri peruntukan bina mesjid di Kelantan walaupun bukan di bawah tadbiran BN ...Subhanallah!

    BalasPadam
  2. betul ke duit tu untuk masjid..silap silap duit tu masuk jega ke dalam perut pemimpin pas..

    bukan tak kenal perangai pemimpin pas ni.suka ambik duit derma. dorang bukan tak tahu perbuatan dorang tu sebenarnya ambil bara neraka masuk dalam perut dorang.

    BalasPadam
  3. Memang dasar mana-mana kerajaan wajib membantu,,,,tapi duit datang dari rakyat, Kita harap mat monggol berubah jgn kuat konkek,,,

    BalasPadam
  4. memang betul tu.mana2 kerajaan wajib membantu.kerajaan kelantan tu bn ke? kuat kongkek tu tak pe bro,asal pada yang halal bukannya china doll ke, bini kawan ke,coffee boy ke atau ustazah bini orang...

    BalasPadam
  5. ades... ayat tu sendiri dah tulis terag2... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meluluskan segera peruntukan sebanyak RM500,000... sudah terang tu bukan duit dia sendiri ma.. duit kerajaan.. mana datang tu??? duit kita semua gak der... jadi dia luluskan ker banyak mana pun.. dia punya duit dalam akaun sikit x gerak der.. dia pergi mana pun.. dalam akaun.. masih tak kurang.. naik dan naik lagi la... tgk bini dia dah la macam mana kan... dulu DR M memerintah ada bini dia tergedik2 nyebok nak tunjuk muka?? xdak der... masuk najib ni mula ada jawatan FIRST LADY dan siap diberi elaun.. apekebende tu.. xda sapa leh lawan DR M.. sayang Ched det... benci najib!!!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online