BREAKING NEWS

Fuyyyoooo!!! Sekali Najib turun.., 2800 orang PAS Kelantan masuk UMNO...



PASIR PUTEH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat Kelantan kini mula kembali menyokong Barisan Nasional (BN) selepas 2,800 ahli PAS menyertai UMNO di daerah Pasir Puteh.

Beliau berkata, penyertaan mereka membuktikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan PAS semakin berkurangan.

Katanya, keyakinan itu juga bersandarkan seramai lebih 20,000 rakyat hadir pada majlis perhimpunan bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Kampung Tok Nik, di sini.

"Seramai 2,800 ahli tinggalkan PAS dan pengundi Pasir Puteh sudah hilang keyakinan kepada PAS," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bersama rakyat itu, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Bekas anggota PAS berkenaan turut hadir pada majlis itu.

Najib berkata, antara ahli-ahli PAS yang menyertai UMNO itu ialah saudara kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu, Raja Abdullah Raja Mahmud.

Perdana Menteri turut meminta Raja Abdullah naik ke pentas bagi hadirin mengenalinya, yang disambut dengan sorakan para hadirin beserta laungan dan teriakan "Gelombang Merah", iaitu gelombang perubahan untuk rakyat, cetusan UMNO Kelantan.

Ketika ditemui pemberita Raja Abdullah, 57, berkata, beliau sudah serik ditipu kepimpinan PAS kerana tidak pernah tetap pendirian dalam perjuangan parti.

"Kalau dahulu, PAS kata wanita tidak boleh dicalonkan kerana ia bercanggah dengan Islam tetapi kini PAS membenarkannya demi perjuangan Islam," kata bapa kepada 11 orang anak itu.

Beliau juga kesal apabila PAS sebelum ini menolak kerjasama dengan orang bukan Islam kerana kerjasama itu bercanggah dengan agama seperti yang dilakukan oleh BN dengan membentuk kerjasama dengan parti kaum Cina, MCA dan kaum India, MIC.

"Sekarang atas alasan untuk menjelaskan Islam, kini golongan yang PAS panggil "kafir" itu (dan) kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan iaitu dengan DAP," kata bekas tentera itu yang mengakui beliau tidak pernah mengundi UMNO-Barisan Nasional kerana menyokong PAS sepenuh hati sebelum ini.

Keyakinan Raja Abdullah terhadap PAS hilang apabila parti itu meninggalkan penubuhan negara Islam dan memperjuangkan negara berkebajikan yang jelas membuktikan PAS mudah tunduk kepada DAP.

Ditanya apakah pertalian saudara antara beliau dengan Mursyidul Am PAS itu, Raja Abdullah berkata: "Ayah saya saudara rapat kepada Nik Abdul Aziz kerana kami berketurunan Raja Jembal, iaitu keturunan kerabat Raja Kelantan lama yang banyak menggunakan Nik dalam nama keluarga." - BERNAMA





p/s: Najib memang hebat.. sekali dia turun ke Kelantan, 2800 orang masuk UMNO. Kalau macam ni, UMNO Kelantan bolehlah goyang kaki. UMNO Kelantan tak perlu lagi nak bersusah payah..

Lepas ni UMNO Kelantan cuma perlu kerap sikit jemput Najib ke Kelantan.. GERENTI semua orang PAS akan masuk UMNO!! Hahahahahahaha...

3 ulasan :

  1. setakat masuk umno tapi undi pas buat apa..kalau sekali akidah dorang goyang sebab percaya undi pas masuk syorga,susah kita betulkan balik akidah dorang.

    hanya hidayah dari Allah s.w.t je yang boleh membuatkan pintu hati dorang terbuka nak bertaubat dan tinggalkan pas.

    BalasPadam
  2. he he he, mesti orang pas kata diorang tu bukan ahli pas pun.

    BalasPadam
  3. Kah...kah...kah...kah...kah...sampai terguling-guling ,,,lawak...lawak

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online