BREAKING NEWS

Hutang DARAH puak-puak KOMUNIS masih belum habis DIBAYAR!!



"Jangan guris hati kami dengan mengangkat idealisme komunis... anda tidak tahu betapa peritnya ranjau yang kami lalui untuk mewujudkan Malaysia yang aman seperti hari ini," kata bekas tentera berpangkat koperal yang pernah menentang keganasan komunis tahun 70-an, Saad Hashim, 60, ketika ditemui di Kampung Pida 12 di sini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada tindakan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) memakai baju berlambangkan tokoh Parti Komunis Malaya (PKM) ketika ditahan di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Katanya, cubaan menghidupkan kembali komunisme seperti sengaja menyalakan api yang sudah lama terpadam dalam diri perajurit negara dan tidak sepatutnya dibenarkan.

“Golongan ini tidak tahu erti perjuangan dan apa akan jadi kepada negara ini jika komunis menang dan memerintah negara ini. Saya tidak fikir mereka juga akan menikmati kehidupan yang baik seperti hari ini,” katanya kepada Berita Harian.

Saad yang mula berkhidmat dalam Unit 5 Rejimen Renjer sebelum bersara 13 tahun kemudian, berkata hingga hari ini beliau masih mengingati detik cemas ketika bertempur dengan komunis di kawasan Bentong dan Karak, Pahang sekitar tahun 70-an.

“Ramai rakan saya terkorban dalam pertempuran dan kami kenal benar siapa itu komunis... mereka terlalu kejam. Hari ini saya kesal kerana pengaruh yang kami padam dengan darah perjuangan masih berbenih di bumi ini,” katanya.

Mejar (B) Mahamad Basri Din, 60, berkata perasaan bekas perajurit seluruh negara terguris dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu yang tidak memahami sensitiviti orang lain.

Katanya, cubaan mengembalikan idealisme komunisme terlalu sensitif kepada bekas perajurit yang menyaksikan sendiri kekejaman komunis, selain kehilangan ramai rakan seperjuangan di medan peperangan.

"Kami adalah saksi yang masih hidup untuk menceritakan kekejaman komunis dan kami juga melihat sendiri pengorbanan anak bangsa menegakkan sebuah negara berdaulat,” katanya.

Di LENGGONG, bekas Konstabel Khas (SC) yang pernah berjuang menentang komunis di Hulu Perak, Abdul Rani Che Lah, 73, berkata beliau tidak rela jika ada pihak cuba menghidupkan kembali fahaman komunis di negara ini.

“Saya masih ingat, antara kekejaman komunis diketuai Chin Peng, termasuk mengikat tangan penduduk ke tiang seri rumah sebelum membakar rumah itu di Kampung Chepor dan Bukit Sapi di Lenggong.

“Jadi, bukan saja melihatnya, sebut nama pun menyirap darah kami kerana dendam hutang darah selepas mereka membunuh kira-kira 10,000 ahli SC selain penduduk tidak berdosa,” katanya.

Abdul Rani yang kini menetap di Kampung Padang, Grik, berkata kerajaan perlu bertindak tegas terhadap pihak yang cuba menghidupkan anasir subversif itu dan pada masa sama memberi penerangan yang jelas kepada rakyat mengenai kekejaman komunis.

Seorang lagi bekas SC, Wan Nik Wan Ngah, 87, berkata: "Selagi hidup, saya tidak rela melihat komunis bertapak di bumi aman dan makmur ini.

“Jangan sekali-kali cuba bermain api dengan menghidupkan semula fahaman komunis kerana padahnya akan menyesal tiada kesudahan hingga ke anak cucu menderita jika komunis berkuasa,” katanya.





P/S: Bangsa Melayu kena sedar tentang semua pengorbanan bekas-bekas prajurit yang berkorban dan terkorban mempertahankan keamanan negara dari keganasan KOMUNIS.

So.., memang bangang lah sesapa dikalangan bangsa melayu yang sanggup bersekongkol dengan puak-puak yang masih nak hidupkan lagi fahaman kejam dulu tu..

Tak berbaloi langsung kalau pasal gila sangat nak berkuasa dan dendam lama, ada sesetengah bangsa melayu yang rela jadi talibarut kepada saki baki KOMUNIS..

Jangan sampai anak cucu nanti menyumpah seranah diatas apa yang kita buat hari ni...

1 ulasan :

  1. Salam bro!

    Bila tgk wajah2 pahlawan Ugama,bangsa & negara ni, teringat teman pd arwah Tok Wan teman..! Tanpa deme2 ni, tak merasa le kita nak idup aman & senang macam le ni. Tabik & junjung kasih pd semua TokWan2 yg penuh jasa ni...Pd yg udah tiada, hanya AlFatihah teman mampu sedekah kan!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online