BREAKING NEWS

Anak Tun Mahathir SOKONG BERSIH..



Gua tak heran kalau anak Tun Mahathir yang sorang ni sokong puak-puak Pakatan dalam menganjurkan perhimpunan BERSIH.. Sebabnya, anak Tun M yang sorang ni memang dari dulu dah tunjukkan yang dia tak sama ideologi dengan bapak dia tu..

Marina ni lebih percayakan tuntutan rakyat walaupun kita semua tau yang tuntutan tu adalah dari sebilangan kecik rakyat yang terpengaruh dengan pemimpin gila seperti Anwar, Guan Eng dan Nik Aziz..

Kononnya Marina ni nak jadi pejuang hak kemanusiaan.. Pasal tu lah segala apa yang berkaitan dengan "kemanusiaan" tu dia sondol je beb..




Atas kertas, memanglah tuntutan yang BERSIH kemukakan tu nampak elok je.., tapi kalau Marina mampu tengok dari peringkat lagi tinggi dari skop politik, dia sendiri mesti sedar yang perhimpunan BERSIH tu adalah merupakan agenda binatang politik tertentu untuk hancurkan negara..

So, gua rasa Marina tak payah fikir jauh untuk tengok semua tu.. Kalau betul SPR tak adil dan berat sebelah dalam mengawal sistem demokrasi pilihanraya dalam negara, mana mampu puak-puak Pakatan menang besar di PRU 12?

Yang tu saja sudah cukup untuk buktikan SPR tu telus.. Kalau nak ikut cakap-cakap juak-juak Pakatan, sampai kiamat dorang akan kata pilihanraya negara ni tak adil selagi dorang tak dapat kuasa pemerintahan negara..

Takkan ini pun Marina Mahathir tak boleh nak faham?




Datin Paduka Marina Mahathir hari ini membidas penangkapan hampir 200 penyokong perhimpunan Bersih 2.0 sebagai tindakan pihak yang takut tanpa bersebab.

“Hanya mereka yang takut akan menangkap orang yang memakai kemeja T,” beliau memberitahu sidang akhir bersama wakil pertubuhan bukan kerajaan yang menganjurkan Bersih.

Sejak minggu lalu, polis menangkap sesiapa sahaja yang memakai kemeja T dengan logo Bersih atas alas an ia memudaratkan keselamatan negara. Tangkapan berlaku di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, dan Pulau Pinang.

Enam daripada mereka termasuk Ahli Parlimen Sungei Siput Dr D. Jeyakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan.

Marina, anak sulung mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad kesal dengan tindakan polis melancarkan penangkapan beramai-ramai itu.

“Saya ingin bertanya kepada orang ramai, jika terserempak dengan sesiapa memakai kemeja -T yang tertera dengan perkataan Bersih, adakah mereka akan terdorong untuk keluar dan menimbulkan kacau bilau,” kata Marina.

“Kita pernah melihat perkataan yang jauh lebih teruk dicetak pada baju-baju di seluruh negara tetapi ia tidak pula mempengaruhi kita untuk menghisap ganja,” tambah beliau.

Marina ditanya mengenai rekod Tun Mahathir yang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menangkap puluhan orang dalam Operasi Lalang tahun 80an.

Marina mengaku ayahnya menggunakan ISA tetapi menegaskan Mahathir tidak menggunakan undang-undang zalim itu untuk menangkap orang semata-mata kerana memakai baju tertentu.
- TVS

3 ulasan :

  1. Walaupun Marina anak Tun Mahathir tapi pemikiran dia tak boleh pakai.

    Dia pernah tulis artikel dalam suratkhabar (samada STAR atau NST ... dh tak ingat) mempertikaikan kesesakan jalanraya di sekitar masjid semasa sembahyang Jumaat. Marina mempertikaikan kenapa jemaah Jumaat double ... triple parking sekitar masjid.

    Setakat aku ingat bangsa lain pun tak pernah mempertikaikan kesesakan sekitar masjid secara terbuka.

    BalasPadam
  2. iman tidak dapat diwarisi daripada ayah kepada anak..sama jugalah dengan kes marina ni.

    walaupun Tun adalah orang yang cerdik pandai, tak semestinya semua anaknya mewarisi kepandaian Tun..

    kata orang tua tua, dalam setandan pisang tidak semestinya semuanya baik..mesti ada satu dua yang busuk..

    Kalau keluarga Tun di ibaratkan setandan pisang, yang busuk itu adalah marina hehehehe

    BalasPadam
  3. setuju dengan yb raz,
    marina ni aku pun heran dari dulu lagi,sat camtu sat camni...pa hal tak tau la anak tun ni,dia ni ibarat sentiasa menentang arus dengan tun,tu la kan walau bapak borek tapi rintik anak walau sama tapi takkan serupa dengan bapak...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online