Aisehh.., rupa-rupanya Polis la yang buat video palsu.. Bukannya MalaysiaKini seperti yang didakwa.. Mustahil portal telus dan amanah pembangkang macam MsiaKini tu menipu kann..
Dan selama ni mana pernah portal tu menipu.. Semua berita yang dilaporkan adalah sohih dan berkualiti tinggi..
Kalau portal tu buat cerita tipu.., macam mana puak-puak Pakatan nak percaya kat laman tu.. Takkan lah golongan cerdik pandai macam penyokong-penyokong Anwar tu mudah tertipu dengan berita atau video palsu ye takk?
Lagipun.., puak-puak Penyokong Anwar dan Ambiga tu kan diredhai Allah kesemuanya.. Mustahil lah Tuhan nak biarkan dorang ditipu hidup-hidup..
So.. Polis kenalah buat permohonan maaf secara terbuka kepada portal terbabit dan juga kepada seluruh puak Pakatan.. Kalau tak.., nanti dorang buat solat Hajat mohon doa pecah perut untuk IGP Polis...
Jom kita tengok video yang dikatakan palsu tersebut.... Mana ada tipu kann? Hahahaha....
Dakwaan kononnya video perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu diubah bagi memburukkan imej polis, merupakan helah pihak berkuasa yang gagal menjelaskan layanan keras ke atas peserta Bersih.
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Azmizam Zaman Huri mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini yang mendakwa sebuah portal berita pro pembangkang dikesan mengubah video berhubung kejadian pada himpunan itu.
Bagaimanapun, akhbar milik Umno itu tidak menyatakan nama portal pro pembangkang berkenaan.
Selain itu, Utusan juga memetik sumber bahawa polis juga memperoleh ‘video asal’ yang menunjukkan keganasan polis,termasuk membiarkan seorang peserta yang cedera dalam keadaan bergari.
Azmizam berkata, tidak mustahil ‘video asal’ yang kononnya diperoleh polis itu, telah diubah suai oleh pihak berkuasa itu sendiri.
“Saya tak menolak sebarang kemungkinan dan tak mustahil polis yang akan mengubahsuai video untuk dijadikan bahan bukti,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.
Jelas Azmizam lagi, kebanyakan video yang dimuat naik di internet terutama di laman Youtube dan disebarkan ke laman sosial seperti Facebook, adalah rakaman yang diambil oleh peserta himpunan itu sendiri.
Ia memaparkan keganasan yang dilakukan polis, termasuk melepaskan gas pemedih mata tepat ke arah orang ramai, menendang dan memukul peserta yang hadir dalam himpunan tersebut.
“Isu edit bukanlah isu sebenar, yang lebih utama ialah polis menjawab dulu cara layanan mereka terhadap rakyat. Jelaskan dahulu kerana itu isunya,” katanya ketika dihubungi keadilandaily.
Nak wat ccam ner..Takkan nak pujuk ngan ais krim kot..atau AMK mmg suka di belaiiii manjeee...
BalasPadamAlahhh AMK ni manje..takkan nak pujuk ngan belaian mesra lakkk..
BalasPadam