BREAKING NEWS

Di tendang Polis ketika nak selamatkan Hadi Awang..


Polis didakwa bertindak ganas ke atas pemimpin dan peserta himpunan aman Bersih 2.0 9 Julai lalu termasuk ke atas Timbalan Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Syed Azman yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, mendakwa turut dipukul dan ditendang oleh polis ketika cuba mempertahankan Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang daripada ditangkap oleh pihak polis.

Wartawan Harakah mengikuti kumpulan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dan Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0 termasuk Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi Bersih 2.0, Dato’ Ambiga Sreenivasan; Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Ketika kepimpinan melalui sebuah terowong laluan bas dan pejalan kaki di KL Sentral, tiba-tiba pihak polis mengepung dengan menembak gas pemedih mata di depan kumpulan kepimpinan dan juga di belakang kumpulan.

Tindakan polis itu membuatkan keadaan menjadi kelam kabut apabila masing-masing bertempiaran lari kerana tidak tahan dengan kepedihan gas pemedih mata.

Wartawan Harakah bersama wartawan Suara Keadilan turut terperangkap di dalam terowong dengan gas pemedih mata yang dibedil pihak polis dalam ruang yang sempit.

Kesempatan ini digunakan oleh polis untuk memberkas kepimpinan utama termasuk Ustaz Hadi, Ambiga dan Tian Chua.

Menurut Syed Azman ketika beliau cuba mempertahankan Ustaz Hadi daripada ditangkap itulah beliau dipukul dan terjatuh dan seterusnya tengkuk dan lutut beliau ditendang oleh polis berpakaian preman.

“Pihak polis tiba-tiba melepaskan gas pemedih mata di hadapan kami.Ketika itulah mereka memberkas Abdul Hadi, Ambiga dan Tian Chua. Saya cuba menghalang Abdul Hadi daripada ditangkap tetapi saya juga turut dipukul oleh polis berpakaian preman.

“Selepas itu dalam kekecohan itu saya turut terjatuh dan tengkuk, leher dan kaki saya turut ditendang oleh pihak polis berpakaian preman. Ini tindakan yang amat kejam.

Pada mulanya saya, Kamarudin dan Nurul Izzah juga ditangkap oleh polis berpakaian biasa tetapi oleh kerana polis tidak tahan dengan kepedihan gas pemedih mata di terowong tersebut, maka polis sendiri terpaksa lari meninggalkan kami,” ujar Syed Azman sambil mengesat darah ditengkuk beliau.

Akibatnya Syed Azman cedera di bahagian tengkuk, leher dan lutut mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta.Terdapat kesan darah pada baju beliau.


p/s: Satu lagi pelakon baru muncul untuk dapat populariti murahan.. Mesti lepas ni Syed Azman ni akan disanjung sebagai penyelamat Presiden PAS..

Tapi.., nasib baik juga mamat ni tak mati masa kena tendang tu.., kalau tak dah tentu dia difatwakan mati SYAHID...

4 ulasan :

  1. perhimpunan aman? bukanke polis dah kata perhimpunan ini tidak dibenarkan.nak mempertahankan haji hadi dari kena tahan? seolah nak mengganggu polis menjalankan tugas.kenapa polis tak tangkap jer dia ni, sumbat dalam lokap kerana menganggu penjawat awam menjalankan tugas

    BalasPadam
  2. jangan kata polis, kami semua rela tendang dia, kalau kami ada sebelah dia hari tu. Lebih banyak cap tapak kaki kat muka dia nanti....hahahahahaaa...dalam byk syed2 aku jumpa, ni lah satu2 syed jumaat yg bodoh. tgk muka dia...hahahaha. Dia ni keturunan Syed Al-Juburi kot.

    BalasPadam
  3. nasib baik polis. kalau aku dah tentu hospital ko pegi

    BalasPadam
  4. tu tak mustahil...sedangkan drebar teksi yg mati sakit jantung tu pun puak2 pakatan dah declare dia syahid...nie kan pulak mamat yg dah taraf wali pakatan...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online