Gua ingat PAS ni hanya tinggal kerandut bila berdepan dengan puak-puak DAP.., rupanya dengan PKR pun dorang bacul beb..
Kalau kata Kit Siang dengan Karpal Singh sergah PAS.., logik jugaklah pemimpin-pemimpin parti syurga tu terkincit sebab muka Kit Siang dengan Karpal tu garang jugak..
Tapi bila dorang tersentap telor bila berhadapan dengan Khalid Ibrahim aka Khalid gagap, itu yang buat gua tak tahan nak tergelak..
Muka MB Selangor macam Freedy Flintstone tu pun Pemuda PAS tak berani nak sanggah ke? Apa lah punya cikai semangat jihad Nasrudin Tantawi..
Macam ni nak jadi kepala jihad? Jadi kepala jahat pun tak lepas.., macam mana boleh mimpi nak jihad beb? Hahahaha...
Dewan Pemuda PAS Malaysia konsisten melahirkan rasa tidak bersetuju dan amat kesal dengan langkah penganjur yang mahu meneruskan Konsert MTV World Stage di I-City Seksyen 7, Shah Alam pada 24 Julai ini.
“Penganjuran konsert ini telah mengguris perasaan umat Islam apabila ia berlangsung hanya seminggu menjelang bulan Ramadhan al-Mubarak, saat umat Islam mempersiapkan diri menyambut bulan mulia dan bulan ibadah,” ujar ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi kepada Harakahdaily.
Tambahnya, terdahulu pihak Pemuda PAS telah menghantar dua memorandum bantahan melalui Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor. Menurutnya, pemorandum pertama pada bulan Jun dan memorandum kedua seminggu lepas kerana menganggap konsert tersebut bertentangan dengan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor.
Malangnya, kata beliau memorandum tersebut tidak dipedulikan malah usaha pemuda PAS Selangor untuk menemui pihak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga gagal. Katanya lagi, Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia Cawangan Selangor turut membantah apabila mereka juga menerima bantahan dan rungutan dari penduduk sekitar.
Beliau menambah, konsert MTV yang turut menampilkan kumpulan 30 Second To Mars yang merupakan pemenang Kumpulan Rock di MTV Europe Music Award 2010 dan kumpulan rock tempatan tidak selayaknya berlangsung secara terbuka pula tiada jaminan kawalan dari pihak penganjur untuk mengelakkan berlakunya pergaulan bebas lelaki dan perempuan.
Baginya, selayaknya konsert seperti itu dibuat di tempat yang tertutup dan tidak membenarkan anak-anak muda muslim hanyut di dalamnya.
Jelasnya, Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak membantah hiburan, tetapi membantah elemen yang tidak sihat di dalam hiburan tersebut.
Justeru, ujarnya hiburan yang mahu dianjurkan mestilah hiburan yang tidak melekakan dan melalaikan generasi muda dan mendorong pula mereka ke kancah maksiat dan mungkar dengan berlakunya pergaulan bebas lelaki dan perempuan, sementara negara sedang kritikal berdepan dengan penyakit sosial yang kian tenat dan parah dalam negara kita hari ini khasnya negeri Selangor.
Menurutnya lagi, menjelang Ramadhan, selayaknya kerajaan negeri Selangor memperbanyakkan aktiviti yang mampu mendidik minda dan syakhsiah anak muda ke arah membentuk peradaban atau tamadun yang hebat, sementelah pula I-City adalah pusat ilmu bukan pusat hiburan.
“Berpada-padalah dengan hiburan. Saya setuju manusia perlu berhibur dan hiburan perlu bagi menyerikan hidup, namun hiburan yang keterlaluan hanya akan merosakkan minda dan peribadi manusia lantaran manusia mempunyai tanggungjawab yang jauh lebih penting untuk masa depan hidup mereka selain hiburan,” ujarnya.
Catat Ulasan