BREAKING NEWS

TERKINI!!! Kejadian ANEH berlaku di Solat Hajat PAS Shah Alam..



Nampaknya APCO mula menggunakan Jin serta Hantu yang diimport untuk menghalang niat murni pencacai-pencacai PAS melakukan solat hajat untuk doakan keselamatan Ambiga dan aktivis BERSIH.

Kononnya paku ditabur sekitar kawasan tempat letak kereta program solat hajat dan pidato khas sempena Himpunan Bersih 2.0 di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam yang berakhir tengah malam tadi.

Seorang aktivis PAS Shah Alam, Mohd Khairul Afandi Ibrahim memberitahu, mereka menemui ratusan paku dan benda tajam yang ditabur selepas aduan orang ramai. Malangnya, mereka tak dapat mengesan siapa yang melakukan kerja keji tersebut..

Menganggapnya sebagai sabotaj, dia berkata, mereka menghabiskan lebih sejam untuk membersihkan kawasan itu dan menempatkan Unit Amal yang pandai baca doa pelindung supaya gangguan tidak berlanjutan.




Ribuan hadir program yang menampilkan antaranya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam); Charles Santiago (Ahli Parlimen Klang) dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan Tantawi serta wakil sekretariat Bersih, Arumugam.



p/s: Hahahahahaha... APCO dah pandai pakai Jin dan hantu yee... Kena pakai khidmat Harun Din lah nampaknya niii....

4 ulasan :

  1. NAK SANGAT BERSIH, jadi Allah bagi kerja, janganlah merungut, BERSIHkan je le...Lagi pun tak pernah kerja untuk Negara, nak menghancurkan ada le...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...tentera Allah berjumlah 70 ribu telah melaksanakan tugas menyekat gerakan kaum munafik dan fasiq PAS dan PKR terutama kaum Kafir. Ingat yer ini tentera Allah. Jika tentera Allah telah bertindak hanya Allah yang mampu memberhentikan mereka.

    BalasPadam
  3. sendiri tabur.. sendiri kutip tapi salahkan orang lain.... tektik lama tuuu.....

    BalasPadam
  4. ingatkan pi masjid nak beramal tapi hati tu kena BERSIH kan dulu bro pas sekalian......cepat je kata kena sabotaj heehehe entah-entah lori bawa paku guninya bocor ke jalan keliling masjid heheheheh.Allahuakbar.....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online