BREAKING NEWS

Isteri dan anak perempuan DIGOMOL oleh "Tok Guru"..



Bukan setakat menyamakan laungan azan umpama anjing menyalak bukit, pengikut ajaran sesat Kumpulan Layar Bahtera diwajibkan membayar ‘zakat’ setiap bulan daripada sebahagian pendapatan bulanan kepada ketua mereka yang digelar Nakhoda.

Pada masa sama, pengikut ajaran sesat terbabit turut mempercayai merokok adalah solat, manakala nikah adalah haram, isteri masing-masing pula boleh digomol dan diperlakukan sesuka hati oleh Nakhoda, manakala suami hanya berperanan sebagai penjaga isteri masing-masing saja.

Bagaimanapun, Nakhoda yang berusia 40-an meletakkan syarat hanya dia saja yang boleh melakukan perkara terbabit terhadap isteri dan anak gadis pengikutnya, tetapi isteri dan anak gadisnya yang dikatakan menggiurkan tidak boleh disentuh sesiapa.

Pendedahan itu dibuat seorang bekas ahli kumpulan berkenaan dikenali sebagai Mail, 22, yang bertaubat selepas menyedari ajaran itu jauh menyimpang.

“Saya menyertai ajaran berkenaan kira-kira setahun lalu selepas mengetahuinya melalui kenalan.

“Pada mulanya ia hanya suka-suka dan sepanjang sebulan, Nakhoda yang tinggal di sekitar Taman Rinting, Masai Johor, mengajar perkara berkaitan ketuhanan.





p/s: Ni lah contoh terbaik yang gua selalu kata bahayanya ketaksuban melampau terhadap Ketua atau pemimpin..

Tambah-tambah kalau pemimpin tu berlagak macam dialah yang paling beriman dan paling dalam pengetahuan pasal agama..

Jangan hanya sebab nak cepat dapat syurga dan pahala, terus percaya membabi buta.. Silap haribulan.., anak bini pun tergadai beb...

2 ulasan :

  1. Mereka mahukan syurga yang sempit sedangkan syurga Allah itu seluas langit dan bumi. Samalah seperti PAS yang menggugurkan perjuangan menegakkan Islam kepada menegakkan kebajikan, dari yang luas pindah kepada yang sempit. Dengan kata lain, mereka memilih syurga dunia daripada syurga yang sebenarnya.

    BalasPadam
  2. repot jgn tak repot....ajaran sesat

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online