Apa akan jadi kalau golongan bijak pandai agama tak lagi dipandang mulia dan dianggap tak bercampur dengan masyarakat kalau duduk dalam masjid?
Apa akan jadi kalau puak-puak ostad disuruh tinggalkan masjid dan disuruh pulak masuk politik dan jadi pengarah pilihanraya...?
Kacau bilau masyarakat jadinya kalau ulamak disuruh berfatwa di pentas politik beb..
Tapi itulah yang PAS buat.. Dorang kata ulamak tak boleh lagi hanya duduk di masjid semata-mata.. Bagi dorang, ulamak patutnya jadi penyelaras dan terlibat secara langsung dalam pilihanraya..
Yang lawaknya, ulamak disuruh jaga pengundi hantu.. Sampai macam ni sekali jumudnya pemikiran puak-puak PAS semua dalam menilai peranan ulamak..
Inilah jadinya bila politik dianggap setaraf dengan agama.. Sedangkan politik tu hanya peratusan kecik je dalam tuntutan agama beb..
Sebab tu lah gua selalu kata politik tu BUKAN agama.. Kalau politik sudah diangkat jadi setaraf dengan agama, maka perkara-perkara macam yang PAS dok buat ni mesti akan terjadi...
Perwakilan Dewan Ulama PAS dari Kelantan menegur perwakilan ulama yang lain agar lebih ke depan dalam masyarakat dan tidak hanya melakukan kerja "berpada-pada" antaranya sekadar duduk di masjid sahaja.
Sedangkan Mansor Daud, beliau menggesa ulama agar mencontohi ulama terdahulu dan guru pondok dahulu yang terlibat secara langsung dalam masyarakat.
"Mereka mempunyai kedudukan tinggi (dalam masyarakat), mereka ada kehebatan, bukan sahaja dihormati tetapi juga digeruni. Kalau berpada-pada sekadar di masjid, kita tidak menuju ke hadapan.
"Ulama mesti terlibat dalam pilihan raya, bukan sahaja sebagai ketua urusan ulama. Ulama mesti menjadi pengarah pilihan raya, mesti mengetahui unit-unit dalam jentera pilihan raya," katanya.
Beliau juga mencadangkan supaya ulama mengetuai rombongan membuat aduan kepada pihak bertanggngjawab sekiranya wujudnya pengundi hantu.
"Rasa-rasanya jika ulama mengetuainya, hantu pun takut kepada ulama... Jadi ulama kena 'sengoti'(bersungguh-sungguh)," katanya sewaktu membahaskan usul peranan ulama dalam pilihan raya umum ke-13.
Catat Ulasan