BREAKING NEWS

Ostad Zizan suka berKARAOKE..



Pusat karaoke terkawal, tidak masuk kampung


Alor Setar, 1 Jun - Kewujudan pusat karaoke di negeri ini masih terkawal di bawah penyeliaan pihak berkuasa tempatan. Ia hanya dibenarkan beroperasi dalam kawasan bandar dan tidak di dalam kampung.

Demikian penjelasan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' It Phahrolrazi Zawawi mengulas isu pertambahan pusat karaoke di negeri Kedah. "Ia diwujudkan mengikut keperluan, jika terlalu banyak pusat karaoke pun mereka tak boleh hidup jika tiada permintaan," ujarnya.

Beliau tidak nampak keperluan untuk mengharamkan karaoke sepenuhnya kerana setakat ini pihak berkuasa agama tidak pernah mengeluarkan fatwa bahawa ianya haram. Ia berbeza, katanya, dengan pusat hiburan lain yang turut menjual arak.


Jeng..jengg..jenggg... PAS sekarang ni sudah tukar dasar.. Dulu semua yang UMNO buat adalah jahat dan buruk tak kiralah ia ikut kapasiti keperluan bukan muslim atau apa.. Tapi sekarang ni PAS buat takpa lah pulak...

Kalau macam ni, PAS pun kira mesra maksiat juga lah kann.. PAS buat semua nya ok.., cuma jangan UMNO saja yang buat.. Haram tu beb...

Dulu sebelum dapat perintah negeri, semua pusat karaoke, kedai judi, kedai arak dan pub difatwakan haram oleh PAS.. Tapi sekarang ni semuanya jadi HALAL...

Sekarang ni baru PAS nampak desakan politik dan juga pasal apa semua perkara tu wujud.. Dan tak mustahil di Kedah tu, GRO pun diHALALkan juga demi politik PAS...

Dulu bila kerajaan terpaksa memenuhi kehendak orang bukan Islam dalam isu arak, karaoke serta judi di Genting, orang PAS bermati-matian menentang..

Marah bukan main sampaikan ada yang nak bom Kilang Carlsberg di Shah Alam dan bakar kasino di Genting tu.. Tapi bila PAS buat perkara yang sama, tahu pulak bagi alasan sama macam kerajaan jelaskan dulu..

Gua rasa nanti kalaulah PAS memerintah Malaysia.., bila hudud dan pentadbiran Islam tak dapat dijalankan pun akan diberi alasan yang sama dengan alasan dari UMNO sekarang..

Kalau macam tu, apa bezanya UMNO dengan PAS? Tak payahlah tukar kerajaan kalau 2X5 je dorang tu semua... Betul tak ?? Hahahahahaha....


2 ulasan :

  1. dulu hasan ali pernah cakap nak tutup kilang carlsberg di batu 3 shah alam kalu pakatan perintah.
    sekarang kena herdik dengan cina dap jer dah kecut.
    aku hanya dapat kata kat sini cuma satu..
    semua ulama dalam pas termasuk hasan ali adalah ulama BABI.
    cakap tak serupa bikin..
    dasar MUNAFIK.

    BalasPadam
  2. Pak lawak sungguh ostad2 dalm hamPAS ni. Pusat karaoke tak haram, jatuh harus saje kot. Kat bandar boleh, kat kampung pulak tak boleh. Bandar halal, haram kalau dah sampai ke kampung.... aduh, nak gelak la aku baca ayat2 ostad2 dalam hamPAS ni. Ada sempadan kawasan ni boleh, kawasan ni x boleh pulak. Kah kah kah

    Org Islam keje kat kedai jual arak kat Kedah tak boleh, kat Selangor boleh pulak??? Macam2 fatwa hebat dari ostad2 hamPAS ni... ostad Ronnie juga yg handal, bersilat, berhujah gune Bible+Koran bagi fatwa beer tu bukan minuman keras. Puak hamPAS pun yela kan je....

    Mau gelak sekali lagi... kah kah kah kah.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online