BREAKING NEWS

Dewan Ulamak PAS tolak Mat Sabu...




Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengingatkan kepimpinan PAS supaya tidak terlalu mengikut "rentak" pihak tertentu, termasuk dalam Pakatan Rakyat dalam usaha memelihara parti Islam itu.

Katanya, beliau bimbang PAS akan kehilangan identiti dan jatidiri Islam yang menjadi dasar parti itu.

"Kepimpinan PAS tidak boleh membiarkan PAS kehilangan identiti dan jati diri Islam semata-mata kerana terlalu meraikan kehendak pihak-pihak lain termasuk rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat" - Datuk Harun Taib



Apabila mendengar ucapan seperti ini, mungkin ada yang berpendapat ianya tidak berlaku di dalam PAS cuma sekadar ingatan dan nasihat dari Ketua Dewan Ulamak PAS itu.

Jika benar, nasihat itu boleh diterima secara positif walaupun mungkin ada yang memberi tafsiran sebaliknya.

Mungkin Dewan Ulamak PAS juga boleh menerima jika di dalam perhimpunan parti samada PKR atau DAP ada pemimpin yang berucap agar parti tidak terlalu `meraikan' PAS.

Di dalam ucapannya itu juga, Datuk Harun Taib juga mahu PAS mengekalkan `Ulamak Haraki' di dalam saf kepimpinan tertingginya.

Ada suara yang berkata ucapan ini seolah-olah ingin memberitahu perwakilan bahawa `Ulamak Haraki' mesti dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS, dan yang pasti tokoh itu bukan Mohamad Sabu.

Dan, semua tahu Mohamad Sabu mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin dari DAP terutamanya KM P.Pinang, Lim Guan Eng. Tidak dipastikan adakah hubungan seperti ini boleh dianggap `terlalu meraikan' rakan sekutu dari PR.

Jelas, samada cara itu betul atau tidak, Ketua Dewan Ulamak PAS itu telah berkempen agar Mohamad Sabu tidak terpilih.




sumber dari PAS

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online