Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Johari Abdul perlukan CHINA DOLL untuk buktikan Anwar tak salah..
Comments : 6
Demi nak selamatkan bos, Johari pilih untuk berlakon dan disolek macam P Ramlee. Cuma sekali tengok kita tahu, tak ada gaya langsung. Tengok sendiri gambar di atas, ada rupa P Ramlee ke?
Beza sangat dengan lelaki yang dalam klip video itu, bak kata seorang yang biasa dengan Pak Sheikh bila tengok klip video itu, "Dia lintas saja, aku mengucap, Ya Allah apa Anwar buat kat situ...".
Kisah Johari nak jadi P Ramlee ini bermula apabila wartawan yang hadir dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya petang Jumaat diberitahu mengenai tayangan video yang dihasilkan sendiri Johari sebagai usaha untuk menangkis tuduhan terhadap Anwar yang dikatakan sebagai pelaku video seks.
Walaupun Johari mengakui dia sendiri menerbitkan video berkenaan, tetapi ternyata video itu mempunyai sentuhan profesional dalam kerja produksi.
Sepatutnya Johari menjemput sama Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya Presiden MCA itu dapat belajar menerbitkan sebuah video dokumentari untuk menangkis isu VCD seksnya dulu.
Barangkali Johari dapat membantu Soi Lek menyelamatkan maruahnya dengan cara yang sama, sekiranya mereka bertemu lebih awal dulu. Lagipun Johari cuma mengambi masa 34 hari untuk menerbitkan video dokumentari berkenaan.
Johari menunjukkan bakat 5 dalam 1 dalam video ala Majalah 3 itu yang ditayangkan kepada media itu apabila dia bertindak sebagai penerbit, penyunting, penyelidik, penulis skrip dan hos.
“Saya mengambil masa 34 hari untuk menerbitkan video ini, termasuk membuat penyelidikan yang membawa saya hingga ke Thailand,” katanya kepada pada sidang media berkenaan.
Lebih kelakar, Johari siap ambil kesempatan menawarkan untuk menjual video itu kepada media. 'Saya buat video ini pakai duit saya. Jadi siapa nak, kena beli. Lepas beli, anda boleh salin dan sebarkan kepada orang ramai,” katanya.
Video berkenaan bermula dengan opening montage yang memaparkan judul “Dalang Video Seks’ yang memaparkan gambar ketiga-tiga Datuk T. Johari memulakan mukadimah sebagai hos dengan mengatakan video itu akan menunjukkan bukti bahawa Anwar bukan pelaku dalam video seks yang menjadi isu hangat.
“Terdapat seribu kemungkinan siapa pelakon dalam video ini, tetapi apa yang kita tahu, ia bukan Anwar kerana beberapa sebab,” kata Johari dalam dokumentari itu.
Cuma yang pelik, Johari Abdul tidak pulak minta polis siasat siapa pelakon itu jika bukan Anwar atau minta tubuh Suruhanjaya Diraja untuk kenal pasti siapa yang sebenarnya pelakon video seks itu kalu bukan Anwar.
Johari menggunakan modal lama dengan menunjukkan lelaki yang digelarkan “Lelaki X”, kemudian membuat perbandingan dengan gambar-gambar yang memokuskan perut, pinggul, hidung dan rambut Anwar.
Gambar-gambar itu diselang-seli dengan gambar yang memberi fokus kepada hidung Tan Sri Rahim Thamby Chik.
Johari memberi alasan lelaki yang dikatakan Anwar itu memakai cermin mata sedangkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak memakai cermin mata sejak menjalani pembedahan lasik dua tahun lalu.
Johari juga mendakwa bahawa lelaki yang dikatakan mirip Anwar itu berhidung mancung, sementara Anwar berhidung penyek, serta jam Omega yang dikatakan milik Anwar sebenarnya kepunyaan Eskay.
Kira-kira 15 wartawan yang menyaksikan video berkenaan tergelak besar melihat adegan seorang make-up artis membuat “make-over” terhadap Johari supaya dia kelihatan seperti idolanya, P.Ramlee. Tambah melucukan apabila Johari cuba menari gaya P.Ramlee.
“Lihatlah, kesan solekan boleh buat saya kelihatan macam P Ramlee,” kata Johari, disambut gelak ketawa wartawan.
Bagi saya, ah, jauh panggang dari api! Langsung tak ada persamaan!. Kadang-kadang solekan boleh tiru, tapi bagaimana Johari hendak jelaskan body language pelakon video seks itu yang sebijik Anwar?
Johari juga dalam ulasannya mendakwa bahawa Eskay pernah memberitahu bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid bahawa dia akan ke Thailand untuk melakukan sesuatu terhadap Anwar.
Menurut Johari, PKR akan menjual VCD ini dalam ceramah-ceramahnya mulai minggu ini dan video berkenaan akan dimuatnaik ke Youtube selepas sidang media. – OLEH NOOR HASILAH ISMAIL - AGENDADAILY.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Video ni sesuai untuk totok PKR ngan PAS jer.
BalasPadamTok sah dok kelentong le Johari oii, langsong tak ngam gambak hang dengan Allah Yarham TS P.rmlee tu, tok sah dok pelemah le A'eee oi...Tapi yang depa kata hang kaki Siam tu aku pecaya 100%, pasaitu hang sampai mampuih pun sokong Anuar...
BalasPadamTak tau le A'eee oii, dok elok2 hang dok pi cari pasai buat apa, tak lama lagi cerita hang pulak keluark.
Kawan sebelah...
huahahaaaa....
BalasPadammuka dia bukan macam muka p.ramlee...
muka dia macam lubang hidung p.ramlee!!
balaci anwar kenapa diam dulu ko yang lantang cakap video ni bukan anwar tp CCTV serta pakar cakap 99.9% adalah anwar,cuba citer...kita bako jer
BalasPadambahalol2 dlm pakatan roplah jingga boleh lah hang kelentong...bladigol punya joe labu labi....kehkehkeh
BalasPadamtak sama mcm Allahyarham P ramlee pun..
BalasPadam